6 Perkara Yang Mungkin Anda Tidak Tahu Tentang Alexis Sanchez

Sumber: Chicagonow
Pemain utama Arsenal yang memberikan impak dan momentum kepada The Gunners sejak dibeli daripada Barcelona.

Meroyan fans Barca bila tengok prestasi Alexis mencanak naik di EPL. Pembelian super berbaloi oleh Arsene Wenger. Nama penuh beliau ialah Alexis Alejandro Sánchez Sánchez yang lahir pada 19hb Disember 1988 di Tocopila, Chile.

Pemain yang hanya memiliki ketinggian 1.69m ini boleh dikatakan kecil berbanding majoriti pemain bolasepak di EPL.

Namun kelincahannya mengawal dan menggelecek bola membuatkan pemain pertahanan lawan menjadi gerun. Dalam sekelip mata dia mampu mengubah tempo permainan dan menghasilkan sesuatu diluar jangkaan.

Sumber: solucionesayc
1. Ayah Alexis meninggalkan keluarganya  sejak dia bayi. Ibunya berusaha keras menanggung keluarga sehinggalah pakciknya mengambil alih.

Oleh kerana kemiskinannya, Alexis terpaksa meminjam kasut but untuk bermain di pertandingan bawah 14 tahun. Dia tidak memiliki kasut but sendiri namun berjaya menjaringkan 8 gol dalam satu perlawanan. Kasut but pertama dihadiahkan oleh Datuk Bandar Tocopila.

2. Cobreloa merupakan kelab pertama Alexis yang menyertainya sewaktu berusia 15 tahun di bandar Calama yang juga bandar paling kering di dunia. Alexis berjaya menunjukkan aksi cemerlang di kelab tersebut sebelum diserapkan ke barisan utama.

3. Alexis juga mencatat rekod sebagai pemain paling muda beraksi di Copa Libertadores sehingga dibeli oleh Udinese pada nilai 3 juta dollar.

4. Dipinjamkan ke Colo Colo dan River Plate oleh Udinese sebelum menggegar liga Itali dengan kemampuan beliau.

5. Alexis Sanchez juga disamakan dengan Cristiano Ronaldo dengan kelajuan larian, teknik, skill menggelecek dan kegemaran bermain di bahagian sayap.

6. Sanchez ditawarkan menyertai Liverpool dan Juventus sebelum memilih Arsenal sebagai kelab yang akan diwakilinya.


Dikuasakan oleh Blogger.