Breaking

7 Fakta: Bagaimana Monaco memanipulasi Arsenal?

Dah lama tak menulis dan mengkaji fakta seperti sebelum ini. Terlalu lama blog kesayangan ini bersawang dan kini kembali memanaskan arena blog untuk memenuhi kehausan maklumat penulisan tentang Arsenal menggunakan bahasa Melayu. Sudah ramai rakan blogger seangkatan kini menyepi mungkin kerana kekangan masa dan tanggungjawab hakiki.

Baiklah kita teruskan kepada kupasan fakta berdasarkan keputusan perlawanan UEFA Champions League last 16 stage, first leg Arsenal 1-3 Monaco. Masih belum puas nampaknya Arsenal dimaki oleh puak lalang yang mula minat Arsenal sejak Alexis Sanchez dan Mesut Ozil dibeli oleh Arsene Wenger. Memanglah semua orang akan frust bila pasukan yang disokong kalah, lebih lagi kalah di stadium sendiri yang sepatutnya menjadi kubu kukuh The Gunners. Tapi kritiklah dengan fakta bukannya menonong ikut emosi.

Berikut ialah beberapa fakta yang mungkin menjadi punca kepada kekalahan Arsenal:
1) Over confident. Para pemain Arsenal mungkin sudah silap percaturan dan terlebih confident untuk menewaskan Monaco dengan mudah. Tetapi realitinya mereka sudah bersedia untuk menyekat football flow Arsenal yang dikenali sebagai Wengerball. 
2) Santi Cazorla yang merupakan pengemudi kreatif serangan Arsenal telah dikekang daripada bergerak bebas untuk merencana sebarang gerakan. Pemain Monaco akan segera menutup ruang sehinggakan berkali-kali hantaran thru-pass berjaya dipintas. 
3) Alexis Sanchez yang menyedari keadaan tersebut cuba membuat gerakan serangan secara bersendirian tetapi kebanyakannya tidak menjadi. 
4) Beberapa peluang yang berjaya dicipta telah gagal disempurnakan penyudahnya oleh pemain Arsenal terutamanya Olivier Giroud. Kalau dapat cipta 1000 peluang depan gol tapi lepas tu sepakan atau tandukan ke laut, memang takde gunanya. Arsenal gagal untuk membuat rembatan shot on target pada separuh masa pertama. 
5) Barisan pertahanan terperangkap oleh serangan counter-attack Monaco kerana terlalu ghairah untuk membantu serangan. Gol kedua oleh Berbatov adalah dari kesilapan Mertesacker yang berada jauh ke atas melebihi garisan tengah padang. Dah la memang tak laju untuk recover semula! Memang sengaja cari pasal. 
6) Ospina juga terdedah tanpa perlindungan dari centre back. Nampak sangat dia lemah apabila berhadapan dengan situasi one-on-one. Gol kedua dan ketiga membuktikannya.  
7) Arsenal sangat memerlukan pemain tengah yang mampu bertahan dan bergandingan dengan Coquelin tetapi pada masa yang sama mampu melorongkan bola dengan hantaran tinggi untuk mengejutkan lawan. Ini adalah kemahiran Mikel Arteta dan juga bekas pemain Arsenal, Alex Song.
Apa pun ini hanyalah pandangan tidak professional penulis yang memang takde background bolasepak pun. Sekadar pemerhatian biasa dari seorang penyokong tegar Arsenal. Tersengguk-sengguk menunggu perlawanan pagi semalam yang mengecewakan. Tapi itu bukanlah alasan untuk mengamuk memaki hamun bagaikan esok kiamat!

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.