Breaking

EPL Pre-Match: Arsenal vs Leicester, The Gunners Perlu Beri Tindak Balas Positif!

Arsene Wenger percaya pemain Arsenal mempunyai
kualiti untuk bangkit dari kekalahan kepada Spurs.
Source: Arsenal.com
Masih terasa peritnya kekalahan kepada Spurs namun langkah Arsenal perlu diteruskan dengan mengembalikan mood positif melalui perlawanan berikutnya menentang Leicester di Stadium Emirates. 

Pasukan Leicester yang sedang menduduki tangga tercorot liga dengan hanya 17 mata malah berada dalam keadaan tidak menentu apabila pengurus pasukan mereka Nigel Pearson baru sahaja dipecat.

Arsenal wajib mendapatkan 3 mata penuh kerana ketika ini hanya menduduki tangga ke 6 liga. Dengan kembalinya Alexis Sanchez ke skuad utama setelah mengalami kecederaan hamstring, pastinya Arsene Wenger terutamanya mahukan para pemain bangkit dari kejutan di White Hart Lane tempohari.
"We have a good opportunity to show that we have the strength to deal with that pressure and that we have the quality." - Arsene Wenger
Dengan hanya perbezaan 7 mata daripada Manchester City yang menduduki tangga ke 2 liga, Arsenal masih mempunyai peluang yang sangat cerah untuk memperbaiki kedudukan. Spurs akan ke Anfield dan Southampton pula menerima kunjungan West Ham yang sedang meningkat prestasi mereka. Dua pasukan tersebut mungkin akan keciciran 3 mata dan semoga Arsenal berjaya mengaut 3 mata berharga.

Gabriel Paulista berlatih di London Colney
Source: Arsenal.com
Berkemungkinan besar akan ada beberapa perubahan barisan kesebelasan utama yang akan diturunkan kerana hanya ada selang 3 hari sahaja dari perlawanan terakhir menentang Spurs. Olivier Giroud mungkin akan diletakkan di bangku simpanan kerana diberitakan dia mengalami sedikit kecederaan kecil.

Rosicky pula mungkin akan diberikan peranan untuk mengemudi bahagian tengah bersama Cazorla manakala Ozil bermain dibahagian kreatif tengah belakang penyerang. 

Pemain pertahanan tengah yang baru dibeli, Gabriel mungkin sesuai diberikan peranan untuk bergandingan bersama Mertesacker. Koscielny khabarnya masih belum pulih sepenuhnya dengan masalah achilles yang berlarutan. Apa pun keadaannya, penyokong tegar Arsenal hanya mahukan respon terbaik dari pemain Arsenal selepas kekecewaan dalam perlawanan sebelum ini.

Barisan jangkaan:

Ospina
Bellerin - Mertesacker - Gabriel - Monreal
Rosicky - Cazorla - Ozil - Coquelin - Sanchez
Walcott

Ramalan jaringan:
Arsenal 3-0 Leicester

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.