EPL Pre-Match: Tottenham vs Arsenal, North London Derby

Foto: Arsenal.com
Rekod pertembungan antara Arsenal dan Spurs ialah P44 W21 D17 L6. Arsene Wenger berhak mendapat pujian atas pencapaian tersebut. 

Walaupun kita masih lagi terasa impak positif selepas membenam Aston Villa 5-0, perlawanan menentang Spurs adalah berbeza dan bakal berikan satu debaran yang lebih hebat lagi. 
"These games are high intensity and high intensity is dictated by how well you prepare mentally and how well you’re ready physically. I believe that on both sides that we will be ready." - Arsène Wenger 
Source: Arsenal.com
Berdasarkan perkembangan terbaru, Alexis Sanchez dikhabarkan tidak dapat diturunkan kerana masih belum pulih sepenuhnya dari kecederaan hamstring. Arsene Wenger mengambil pendekatan berhati-hati supaya ianya tidak menjadi masalah yang lebih besar nanti. Tidak dinafikan bahawa Alexis Sanchez menyumbang kepada ketajaman serangan Arsenal namun dengan kehadiran Mesut Ozil dan Theo Walcott serta Santi Cazorla, bahagian serangan Arsenal pasti akan tetap tajam serta bakal merobek gawang Spurs.

Rosicky juga berada di prestasi terbaik malah kehadiran Coquelin juga memantapkan lagi kemampuan pertahanan The Gunners. Giroud seperti biasa akan mengetuai jentera serangan dan Danny Welbeck pula past bersedia menggalas tanggungjawab jika diberikan peluang selepas beliau juga telah pulih dari belenggu kecederaan.

Walaupun begitu, Arsenal tetap akan berwaspada dengan kemampuan Spurs kerana terdapat beberapa pemain mereka yang semakin berbisa seperti penyerang Harry Kane yang berusia 21 tahun. Beliau adalah antara pemain yang telah memberikan impak besar sejak awal musim.

Berikut ialah barisan pemain yang dijangkakan akan diturunkan oleh Arsene Wenger nanti.

Ospina
Bellerin - Mertesacker - Koscielny - Monreal
Walcott - Cazorla - Ramsey - Coquelin - Ozil - 
Giroud

Jaringan pula diramalkan:
Spurs 0-2 Arsenal
Dikuasakan oleh Blogger.