EPL Fulltime: Crystal Palace 1-2 Arsenal, The Gunners Terus Kekalkan Momentum Positif!

Foto: Arsenal.com
Perlawanan yang hampir-hampir buatkan penyokong Arsenal berputih mata. Crystal Palace tiba-tiba seumpama mendapat suntikan keramat daripada Alan Pardew pada separuh masa kedua. Tanpa henti menyerang dan menyerang.

Pertembungan ini seumpama akan tamat dengan mudah menyebelahi Arsenal. Seawal minit ke 8 lagi Arsenal sudah membolosi gawang Crystal Palace melalui sepakan penalti oleh Santi Cazorla setelah Danny Welbeck dijatuhkan di dalam kotak penalti. Arsenal seperti biasa dengan posession football dan berterusan mengawal permainan sehinggalah sekali lagi merobek gawang dengan jaringan oleh Olivier Giroud. Ianya merupakan jaringan ke 50 Giroud untuk Arsenal.

Foto: Arsenal.com
Pada separuh masa kedua, jentera serangan Crystal Palace mula menunjukkan taring apabila Yannick Bolasie dimasukkan sebagai pemain sayap kiri. Ini membuatkan Calum Chambers agak tertekan dan kerap kali diperdaya oleh kelicikan Bolasie. Umpanan dari hantaran lintang Bolasie membuatkan Ospina tak duduk diam. Walaupun begitu, Coquelin serta barisan pertahanan berjaya menyerap setiap asakan. Malah Arsene Wenger memasukkan Rosicky, Gibss dan Gabriel untuk mengekang gerakan lawan.

Pada minit akhir waktu kecederaan Crystal Palace berjaya mencuri 1 gol melalui pemain gantian Glenn Murray setelah Ospina menampan bola dan muntah kepada pemain tersebut. Sejurus selepas itu Bolasie sekali lagi membuat hantaran lintang dan disambut oleh Glenn Murray namun tandukan tersebut sedikit lencong dan terkena tiang.

Apa pun ini keputusan yang tetap positif buat Arsenal apatah lagi dengan keputusan Manchester United yang lingkup kalah kepada Swansea City. Chelsea juga berakhir dengan keputusan seri menentang Burnley. Rata-rata keputusan memberikan kelebihan buat The Gunners. Sebentar nanti Manchester City akan menentang Newcastle United manakala malam esok Southampton akan bertemu Liverpool.
Dikuasakan oleh Blogger.