Breaking

Sol Campbell bersara!


Bekas pertahanan kental Arsenal dan kini diangkat sebagai lagenda The Gunners, Sol Campbell telah menyatakan persaraan daripada arena bolasepak sebagai pemain. Beliau telah mencapai pelbagai kejayaan bersama Arsenal dibawah bimbingan Arsene Wenger dan merasai pengalaman antara barisan Invincible 49 Unbeaten.

Sol Campbell yang memiliki kelebihan bentesan, kemampuan melonjak tinggi dan pelbagai kualiti lain yang diperlukan sebagai pemain pertahanan yang mantap. Beliau yang dilahirkan oleh ibubapa berbangsa Jamaica sememangnya begitu taksub dengan bolasepak. Walaupun asalnya beraksi untuk pasukan rival Arsenal iaitu Tottenham Hotspurs, akhirnya Sol Campbell mendapat 'hidayah' untuk menyertai Arsenal lalu memberikan khidmat terbaik sepanjang kariernya.

Setelah beraksi sebanyak 646 penampilan untuk 5 kelab berbeza sejak 1992 hingga 2011, akhirnya Sol Campbell berazam untuk menggantung kasut. All the best untuk Sol Campbell..

Dikuasakan oleh Blogger.