RvP tolak tawaran Juventus
Namun RvP ada menyebut kepada rakan rapatnya hanya tawaran yang extra special saja yang mampu menarik perhatiannya. Pemain berusia 28 tahun itu menjelaskan bahawa dia dan isterinya Bouchra selesa di London dan baru saja berpindah ke rumah yang baru.
Berita ini bakal memberikan perkembangan positif untuk Arsene Wenger dalam usaha mengekalkan kapten Arsenal itu di Emirates. RvP hanya akan berbincang mengenai kontrak baru selepas perlawanan terakhir hari Ahad nanti.
Walaupun dikhabarkan Manchester City juga berminat untuk mendapatkan penyerang berbisa itu, tetapi mungkin ianya tak berlaku kerana sayangnya RvP terhadap Arsenal.