Breaking

Arshavin yang kembali menyengat!


Bintang Russia dan juga pemain Arsenal yang kini dipinjamkan ke Zenit St. Petersburg, Andrey Arshavin kembali menunjukkan sengatnya. Ini berdasarkan kepada prestasi semasanya dalam membantu pasukan tersebut untuk meraih kemenangan.

Walaupun dilabelkan sebagai pemalas dan menunjukkan kurang minat untuk bermain sewaktu beraksi di Arsenal, kini Arshavin telah beroleh keyakinan dan menunjukkan aksi terbaiknya. Arshavin merupakan pembelian termahal Arsenal sejak beberapa lama dan mempamerkan aksi cemerlang sewaktu awal pembeliannya.

Menjaringkan 4 gol sewaktu menentang Liverpool yang berkesudahan seri 4-4 masih segar dalam ingatan para penyokong Arsenal. Arshavin juga menjaringkan gol kemenangan Arsenal sewaktu menewaskan Barcelona 2-1 dalam perlawanan suku akhir pertama UCL yang menjadi kebanggaan The Gunners & Gooners seluruh dunia.

Setelah mendapati peluangnya untuk bermain semakin tipis di Arsenal, Arshavin yang terdesak untuk mendapatkan perhatian jurulatih RUssia supaya terpilih beraksi di EURO 2012 akhirnya memilih untuk dipinjamkan ke Zenit St. Petersburg. Kini setelah mengharungi beberapa perlawanan, Arshavin kembali menemui sentuhan hinggakan berjaya melakukan sepakan gunting yang sangat menarik ketika menewaskan CSKA Moscow 2-0.

Arshavin masih mahu beraksi di Arsenal dan akan kembali dengan lebih hebat selepas ini. Dia percaya bahawa dia masih mampu memberikan sumbangan untuk Arsenal dan meneruskan perjuangan Arsenal di EPL!
Dikuasakan oleh Blogger.