Breaking

EPL: WBA 2-3 Arsenal / Post-Match (Dramatik.. UCL confirmed! EPL No. 3 & St. Totteringham's Day)


Arsenal akhirnya mengesahkan kedudukan di tangga ke 3 EPL setelah menewaskan pasukan yang liat di gelanggang lawan. WBA yang dikendalikan oleh Roy Hodgson ternyata begitu kental untuk bangkit dari ketinggalan gol. Perlawanan yang begitu mendebarkan buat semua penyokong tegar Arsenal.


The Gunners bermula dengan hebat (seperti biasa) dengan Benayoun menjaringkan gol pertama hasil daripada kesilapan penjaga gol WBA Martin Fulop. Walaupun begitu dalam masa 10 minit, WBA kembali menyamakan kedudukan jaringan oleh Shane Long.

Dan tak berapa lama selepas itu Graham Dorrans pula mendapat ruang menjaringkan gol menjadikan kedudukan 2-1. Ini meningkatkan tekanan untuk skuad Arsenal apatah lagi Spurs pun sudah mendahului dalam perlawanan mereka. Arsenal kembali menajamkan serangan dan berjaya menyamakan kedudukan setelah rembatan kencang oleh Andre Santos gagal ditampan kemas oleh Martin Fulop.

Ianya berkekalan sehingga tamat separuh masa pertama. Apabila sepak mula kedua dilakukan, Arsenal berjaya mendapatkan kelebihan apabila Koscielny dengan mudah menjaringkan gol sekali lagi hasil kesilapan daripada Martin Fulop.

WBA cuba untuk mendapatkan jaringan dengan Arsenal terpaksa bertahan dengan membuat pertukaran memasukkan Odemwingie. WBA sememangnya sangat kental dan berterusan usaha untuk mendapatkan jaringan. Tetapi asakan berjaya diserap dengan cukup baik.

Ini merupakan perlawanan terakhir EPL 2012 dan adalah perlawanan pertama yang dimenangi oleh Arsenal tanpa kehadiran Mikel Arteta. Arsenal juga telah sah layak untuk menyertai UCL pada musim depan. Seperti biasa setiap musim, Arsenal menduduki kedudukan yang lebih baik daripada seteru setempat iaitu Tottenham Hotspurs dan ianya disambut meriah oleh seluruh penyokong tegar Arsenal setiap musim.


Beberapa perkembangan antaranya Piers Morgan akan mendermakan sebanyak 10k pound kepada pertubuhan kebajikan di UK kerana tewas bet dengan Samir Nasri. Selamat tinggal kepada Pat Rice yang akan bersara selepas ini.
Dikuasakan oleh Blogger.