Breaking

EPL: Arsenal 3-3 Norwich City / Post-Match (Midfield hancus! Keeper tak perform!)


Sekali lagi para penyokong tegar Arsenal kecewa dengan keputusan perlawanan yang berkesudahan sekadar seri 3-3. Selayaknya Arsenal patut menang tetapi kegagalan bahagian pertahanan serta kesilapan penjaga gol menyebabkan Arsenal terhukum dengan hanya meraih 1 mata sahaja.

Walaupun Arsenal bermula dengan garang apabila birthday boy Yossi Benayoun menjaringkan gol seawal minit kedua perlawanan tetapi Norwich City membalas dengan 2 gol pada separuh masa pertama menyebabkan Arsenal tertekan untuk mendapatkan kemenangan. Kecederaan Bacary Sagna menambah lagi keperitan untuk skuad Arsenal namun Francis Coquelin berjaya mengisi ruang tersebut.

Pada separuh masa kedua, Aaron Ramsey dikeluarkan digantikan dengan Alex Oxlade-Chamberlain dan permainan kembali rancak. Prestasi Ramsey benar-benar membuatkan para penyokong Arsenal menjadi jelek dan muak. Benayoun pula dikeluarkan bagi menambah sengat serangan apabila Marouane Chamakh dimasukkan dan memberikan ruang untuk RvP bergerak lebih selesa.

Keputusan tersebut ternyata membuahkan hasil apabila RvP berjaya meledak 2 gol dalam tempoh masa 5 minit menjadikan kedudukan Arsenal 3-2 Norwich City. Tetapi akibat dari kelemahan pertahanan serta ruang midfield yang longgar, Arsenal sekali lagi terhukum apabila Steve Morison menyamakan kedudukan 3-3 dan ianya kekal sehingga wisel penamat ditiupkan.

Beberapa perkara yang menjadi perhatian pada perlawanan ini ialah mengenai prestasi Szczesny yang kurang menyakinkan dan boleh dikatakan prestasinya semakin teruk sejak beberapa perlawanan kebelakangan ini. Apakah penyakit Almunia kembali merebak dan menjangkiti Wojciech Szczesny?

Manakala prestasi Ruddy penjaga gol Norwich layak diberikan pujian kerana menjadi penyelamat terhadap serangan bertali arus Arsenal. Kadangkala jika difikirkan, terdapat beberapa perlawanan sebegini. Pasukan kecil liat untuk dikalahkan kerana penjaga golnya beraksi cemerlang sewaktu menentang Arsenal.


Walaupun kawalan bola Arsenal meningkat sehingga 63% namun tetap tidak menjamin kemenangan yang diinginkan.. kita terpaksa akur dengan keputusan perlawanan. Ini menggugat peluang untuk beraksi di UCL musim depan.


P/S: Penulis semakin hari semakin tidak suka kepada Aaron Ramsey. Walaupun cuba dibendung rasa dari membenci pemain Arsenal tetapi ianya semakin mencengkam jiwa! Hahaha..
Dikuasakan oleh Blogger.