ARSENAL masih di tangga ke 3 EPL!
Fuhh.. dah abis game Newcastle lawan Manchester City.. Aston Villa lawan Spurs pun dah habis.. sangat mendebarkan.. walaupun aku cuma tgk via online streaming.
Ianya satu keputusan yang amat menggembirakan untuk semua penyokong tegar Arsenal apabila Manchester City berjaya menewaskan Newcastle 2-0. Dengan corak permainan yang kemas ditampilkan oleh anak buah Alan Pardew, ternyata Man City hampir saja lemas oleh asakan dari Newcastle tetapi serangan pantas Man City berjaya merobek kota baru tersebut :)
Dan penjaring gol Man City bukanlah Sergio Aguero atau Tevez atau Silva tetapi Yaya Toure.. 2 gol oleh Toure cukup menggembirakan kem Arsenal dan mengecewakan Newcastle serta Man United.
Berbalik kepada perlawanan Aston Villa dan Spurs, Aston Villa berjaya mendapatkan gol menjadikan jaringan 1-0 dan menambah tekanan terhadap skuad Ayam tersebut. Ini meningkatkan kadar gelabah para pemain Spurs hinggakan salah seorang pemain Spurs dilayangkan kad merah. Walaupun begitu, Spurs terus mengasak dan akhirnya dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan oleh bekas bintang Arsenal iaitu Emmanuel Adebayor.
Walaupun beraksi 10 pemain, semangat para pemain Spurs memuncak untuk mendapatkan gol seterusnya. Aston Villa terus bertahan dan prestasi hebat Shay Given menafikan banyak peluang Spurs menjaringkan gol.
Walaupun terpaksa menonton dua perlawanan menerusi streaming yang kadangkala tersangkut-sangkut namun aku percaya ini merupakan peluang terakhir untuk Arsenal mengesahkan kelayakan UCL musim depan. Nasib juga telah menyebelahi Arsenal kali ini.
Pada perlawanan terakhir menentang WBA, Arsenal perlu gunakan ruang dan peluang tersebut sebaik mungkin. WAJIB MENANG! walaupun dengan berita Bacary Sagna yang dilaporkan patah kaki sewaktu diterjah oleh Brad Johnson semalam.
Hanya satu pintaku.. NO RAMSEY!!!! Arsenal pasti mampu mencatat kemenangan terakhir untuk memastikan layak bermain UCL! COYG!