Breaking

Fakta semusim Arsenal.. 2011/2012

Arsenal menutup musim 2011/2012 dengan bergaya jika dibandingkan dengan prestasi permulaan musim. Turun & naik pasukan.. kalah & menang.. kecewa & gembira.. bercampur aduk dalam mewarnai musim ini.

Ramai yang mencemuh tetapi tak kurang juga yang memuji pencapaian musim ini.. yang jelas ianya masih mempunyai ruang untuk diperbaiki terutamanya bahagian pertahanan dan tengah.. jadi kita ambil sedikit masa untuk membuat rangkuman keseluruhan musim ini untuk Arsenal dari sudut pandangan seorang penyokong Arsenal yang tak pernah pergi Stadium Emirates ataupun Highbury.. (aku lah tu..)

  1.  Arsene Wenger memang degil.. betul-betul keras kepada orang tua sorang ni.. tapi itu yang menjadikan dia berbeza dan mampu mengendalikan Arsenal mencapai kejayaan yang luar biasa.. ingat The Invincibles? cuma kadang-kadang kedegilannya itu memakan diri dan akhirnya menyebabkan pasukan terkandas dalam mencari kemenangan.. namun dia seorang yang sangat berprinsip serta tak akan menggadaikan kedudukan kewangan pasukan untuk mengejar trofi..

    Kepercayaan yang diletakkan terhadap Aaron Ramsey menyebabkan para penyokong Arsenal menjadi berang dan kecewa kerana kegagalan Ramsey menebus kepercayaan tersebut dengan prestasi yang lebih mantap hinggakan ada yang mahukan pengendali Arsenal tersebut dipecat!
  2. Arsenal pernah jatuh hingga ke tangga ke 17 EPL dan ramai yang meragui keupayaan Arsenal untuk kembali sebagai Big Four musim ini tetapi seperti biasa Arsenal menafikan cemuhan tersebut dengan pencapaian yang termaktub. Kelayakan UCL kelihatan samar.
  3. Kehilangan Fabregas ke Barcelona, Nasri ke Manchester City serta ketiadaan Wilshere akibat kecederaan memberikan impak yang sangat besar terhadap Arsenal. Bahagian tengah Arsenal menjadi rapuh. Tiada Wengerball. Masalah kecederaan barisan pertahanan terus menghantui Arsenal hinggakan The Gunners terpaksa bergantung kepada pemain muda. Kekalahan 8-2 kepada Manchester United memberikan pengajaran bermakna dan Arsenal mula bangkit. Alex Song & Rosicky berjaya mempamerkan aksi cemerlang dengan prestasi yang ditunjukkan hinggakan kasut boot Song pernah dicium oleh RvP kerana kemampuannya membuat hantaran tepat. Rosicky dikatakan kembali ke prestasi asalnya. Little Mozart is back!

     
  4. Arsene Wenger mengejutkan para penyokong Arsenal apabila membuat pembelian saat akhir sebelum tempoh perpindahan tamat. Per Mertesacker, Mikel Arteta, Park Chu-Young, Andre Santos dan Yossi Benayoun menjadi tonggak kebangkitan Arsenal terutamanya kemampuan Mertesacker menafikan umpanan bola tinggi serta Arteta yang memberikan kestabilan buat bahagian tengah Arsenal. Arsenal hanya berjaya mencatat 1 kemenangan tanpa kehadiran Arteta (perlawanan akhir menewaskan WBA) dan ini menunjukkan betapa pentingnya peranan Arteta. Tetapi kehadiran Arteta bukan sebagai pengganti Cesc Fabregas kerana mereka memainkan peranan yang berbeza di Arsenal.
  5. Kembalinya Thierry Henry ke Arsenal sebagai pinjaman selama sebulan sudah cukup untuk mengembalikan semangat skuad Arsenal dalam menempuh detik hitam. Ianya seumpama mimpi dari permulaan hingga saat akhir.. King Henry will be back! Sewaktu Henry menamatkan tempoh pinjaman di Arsenal, dia berjaya melonjakkan semula Arsenal ke tangga ke 4 EPL. Memang legend!


    PRIDE OF LONDON
  6. CHEL53A diajar cara bermain bolasepak di Stamford Bridge. Kejayaan menewaskan Chelsea 5-3 digelanggang keramat mereka memberikan impak yang sangat positif buat skuad Arsenal. Walaupun pada permulaannya Arsenal ketinggalan tetapi keajaiban berlaku dan selebihnya telah menjadi sejarah. RvP hatrik!

     
  7. 5PUR2 juga diberikan tunjuk ajar bagaimana untuk bermain bolasepak. Kemenangan ke atas Spurs setelah ketinggalan 0-2 amat bermakna dan begitu mengujakan. Dalam masa 30 minit pertama, Spurs telah menjaringkan 2 gol hasil daripada usaha bekas bintang Arsenal Emmanuel Adebayor. Bacary Sagna memberikan cetusan harapan untuk bangkit apabila menanduk masuk hantaran lintang Arteta. Dan sewaktu wisel penamat ditiupkan, Arsenal dah bagi 5 pengajaran berguna untuk Spurs! Haha.. tengok muka Harry Redknapp masa ni memang PRICELESS! Haha..

  8. Walaupun Arsenal mengalami kekalahan 4-0 di San Siro tetapi kebangkitan untuk pusingan kedua di Stadium Emirates sungguh mengejutkan namun 1 gol yang dicari tidak kesampaian. Ianya kebangkitan yang menakjubkan oleh skuad Arsenal dan Alex Oxlade-Chamberlain memainkan peranan dibahagian tengah ketika itu.
  9. Skuad Arsenal perlu diperkuatkan lagi dengan beberapa pembelian berkualiti tapi tak semestinya mahal. Pembelian Arteta ternyata sangat berbaloi. Lukas Podolski telahpun dibeli untuk musim depan. RvP perlu terus berada di Emirates tetapi tawaran lumayan oleh Manchester City sedikit sebanyak pasti menggugat.. doakan yang terbaik untuk ARSENAL musim depan!
Ada lagi nak tambah? Komen ye..
Dikuasakan oleh Blogger.