Breaking

Barcelona jemput Arsenal untuk perlawanan persahabatan pra-musim!

Arsenal dilaporkan sedang menimbang mengenai cadangan untuk perlawanan persahabatan daripada Barcelona yang akan menyaksikan The Gunners merebut Trofi Joan Gamper pada bulan Ogos.


Perlawanan tahunan tersebut dinamakan bersempena nama lagenda Barcelona, Joan Gamper yang merupakan pemain dan akhirnya menjadi presiden kelab. Beberapa pemain Arsenal telah menyertai Barcelona sebelum ini dan yang terbaru ialah Cesc Fabregas pada musim panas yang lepas.

Secara tradisinya, Arsenal akan menjadi hos kejohanan pra-musim tahunan Emirates Cup di Stadium Emirates tetapi tahun ini ianya kan ditunda kerana saingan Olimpik 2012 London. Berikutan itu Arsenal telahpun merancang untuk melawat Nigeria pada awal Ogos selepas bermain di China dan Malaysia pada bulan Julai.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.