Breaking

EPL: Arsenal vs Wigan / Pre-Match (Wigan pasukan hebat kalahkan Manchester United)

Skuad Arsenal akan menerima kunjungan Wigan pada malam ini dengan Wigan membawa reputasi sebagai pemusnah setan! Hahaha.. Pada perlawanan sebelum ini, Wigan telah menewaskan Manchester United di gelanggang mereka sendiri.

Pada saingan minggu ini, Manchester United telah berjaya mendapatkan 3 mata penuh hasil lakonan sempurna Ashley Young yang setaraf Aaron Aziz. Manakala Spurs kalah teruk kepada Chelsea 1-5 dalanm saingan Piala FA.

Diatas kertas, perlawanan malam ini kelihatan mudah untuk Arsenal apatahlagi dengan rekod kemenangan 9 daripada 10 perlawanan terakhir. Namun bolasepak bukan dimainkan diatas kertas.. jadi semua kemungkinan boleh terhasil.

Kieran Gibbs yang mengalami kecederaan sebelum ini mungkin sempat pulih. Gervinho yang  mengalami masalah ankle juga mungkin akan disenaraikan di bangku simpanan. Koscielny tidak akan beraksi kerana masih menjalani denda 2 perlawanan setelah mengumpul 10 kad kuning. Dia akan kembali untuk menentang Chelsea pada hari Sabtu nanti.

Untuk perlawanan menentang Wigan, mungkin akan berlaku hanya satu pertukaran daripada barisan menentang Wolves. Aaron Ramsey akan digantikan oleh Tomas Rosicky yang telah direhatkan pada perlawanan tengah minggu yang lalu.

Yossi Benayoun yang beraksi cemerlang mungkin juga dikekalkan dan diberikan peluang sebagai starting eleven.

Barisan jangkaan:
Szczesny
Sagna - Djourou - Vermaelen - Santos
Arteta - Song
Walcott - Rosicky - Benayoun
RvP

Jaringan jangkaan: Arsenal 3-1 Wigan

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.