Breaking

Alexis Sanchez Tipah Tertipu Tipah Tertipu Lagi

Akhbar di UK melaporkan bahawa Alexis Sanchez sangat bengang dengan Jose Mourinho. Dikhabarkan bahawa dia telah tertipu dengan janji manis Mourinho.



Ini berikutan perlawanan terakhir Munyet yang Sanchez terpaksa bermain di sebelah kanan bukannya di bahagian kegemarannya di sayap kiri.

Kini dia meminta agen untuk menyelesaikan masalah yang timbul dan berkemungkinan besar memilih untuk keluar dari Old Trafford pada jendela perpindahan Januari 2019 nanti.

Kalau tengok prestasi Sanchez pun memang ke laut. Dia gagal menjaringkan sebarang gol sejak kali terakhir melakukannya pada perlawanan menentang Tottenham Bongokspurs pada April 2018.



Sudah enam perlawanan dia mandul gol iaitu ketika menentang Leicester, Bongokspurs, Burnley, Watford, Wolves dan yang terbaru Valencia.

Acik bukanlah nak hina dia tapi rasanya dia wajib terus kekal di Munyet bersama Mourinho. Biar mereput di Old Kerepot! (Wuiii rhyme siot!)  Melungkup terus kat situ dengan team yang acah power tu :P

Kah!

Jose Mourinho sudah kena dengan Atok Wenger. Bengap-bengap dah tua pun sempat duk pekena Mourinho! Kah..

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.