Breaking

EPL: Stoke City 1-1 Arsenal / Post-Match (Hanya 1 point!)


Ternyata Stoke City merupakan lawan yang liat untuk dikalahkan. Dengan corak permainan hantaran bola panjang untuk berikan kelebihan kepada Crouch dan ianya berbaloi dengan penghasilan gol pertama Stoke City seawal minit ke 10. Walaupun perlawanan dikuasai oleh Arsenal tetapi barisan pertahanan Stoke City kental dan begitu berdisiplin.

Gervinho mengisi ruang sayap kanan manakala Benayoun diberikan peranan sayap kiri dan seperti biasa Ramsey diberikan kelebihan untuk beraksi mengisi kekosongan Arteta. Namun seperti biasa, Ramsey tidak memiliki kualiti yang cukup hinggakan Arsenal kelihatan kekok dan pemain seperti tiada persefahaman.

Mujurlah RvP menjadi penyelamat setelah menerima umpanan kemas dari Rosicky dengan melakukan tandukan kemas menerjah gawang Stoke City. Ini menyebabkan formasi Stoke City bertukar bertahan daripada dibolosi lagi.

Diaby dimasukkan menggantikan Ramsey pada separuh masa kedua, Chamakh menggantikan Gervinho dan Santos menggantikan Benayoun. Arsene Wenger dilihat cuba menggunakan formasi 4-4-2 tetapi tetap gagal merobek gol Stoke City. Chamakh gagal memberikan impak yang diperlukan.

Hanya 1 mata untuk Arsenal tetapi kedudukan ke 3 selamat kerana Newcastle kalah 4-0 kepada Wigan.

P/S: Aaron Ramsey kena boo sepanjang perlawanan oleh penyokong Stoke City kerana kes patah kaki diterjah oleh Shawcross. Apa punya gile la fans Stoke City ni..
Dikuasakan oleh Blogger.