Breaking

Denilson akui akan pulang ke Arsenal & Carlos Vela ke Real Betis?


Pemain tengah Arsenal yang berasal dari Brazil, Denilson yang kini dipinjamkan ke Sao Paulo mengakui dia akan kembali ke Arsenal apabila tempoh pinjamannya tamat. Ini berdasarkan perkembangan perbincangan antara Arsenal dan Sao Paulo yang gagal mencapai kata sepakat untuk melanjutkan tempoh pinjaman.

Khabar angin menyatakan banyak kelab pertengahan dari Sepanyol berminat untuk mendapatkan khidmat Denilson tetapi jumlah gaji £50,000 seminggu menjadi penghalang kepada perkara tersebut dari berlaku. Berkemungkinan Arsenal akan menurunkan bayaran perpindahan untuk memudahkan penjualan Denilson pada musim panas nanti.

Beberapa pemain Arsenal juga dikhabarkan akan dijual antaranya ialah Almunia, Squillaci, Vela dan Bendtner.

Kata Denilson:
“I will stay at Sao Paulo until June 30. Then I will return to Arsenal. 
“This season, I had more assists, I secured a place in the starting team and I had good matches. I also had a good run of matches and I have not been sent off. 
“I would like to stay more six more months, but this decision was made by Arsenal, with whom I have a contract. 
“I will not be unhappy in London, because I am returning to one of the biggest clubs in the world.”
Manakala Carlos Vela yang kini sedang dipinjamkan ke Real Sociedad sedang diintai oleh Real Betis. Mengikut laporan Noticias de Gipuzkoa, Carlos Vela telah berbual mengenai perpindahan musim panas dengan jurulatih Real Betis, Pepe Mel selepas perlawanan antara dua kelab tersebut.

Vela yang telah menjaringkan gol ketika keputusan 1-1 dengan Real Betis dan telah menjaringkan 11 gol dalam 32 perlawanan sejak menyertai Real Sociedad pada musim panas lepas. Pemain berusia 23 tahun tersebut dikatakan seronok dengan kontrak pinjaman kali keempat ini selepas Osasuna, Salamanca dan West Brom.
Dikuasakan oleh Blogger.