Isu kecederaan Mikel Arteta
Mikel Arteta merupakan pemain Arsenal yang terbaru mengalami kecederaan ankle setelah Jack Wilshere dan Per Mertesacker. Kecederaan tersebut memerlukan jangkamasa yang panjang untuk pulih dan berdasarkan imbasan awal, Arteta berkemungkinan memerlukan 3 bulan untuk pulih sepenuhnya.
Ini mendatangkan masalah kepada Arsene Wenger dalam menyusun barisan pemain untuk menghadapi Chelsea pada hari Sabtu nanti. Benayoun tidak akan beraksi untuk perlawanan tersebut mengikut persetujuan kontraknya, jadi pilihan untuk mengisi ruang midfield semakin sedikit.
Prestasi Aaron Ramsey yang terumbang ambing hanya akan mengundang bimbang buat semua penyokong Arsenal. Mungkin Chambo boleh diberikan peluang sekali lagi untuk beraksi dibahagian tengah sebagaimana barisan yang turun menundukkan AC Milan tempohari. Walaupun begitu, ianya satu tindakan yang berisiko kerana faktor pengalaman Chambo dan kemampuan Chelsea untuk menutup ruang.
Pastinya kehilangan Arteta disaat kritikal seperti ni akan berikan impak yang besar buat Arsenal setelah mempamerkan konsistensi serta sumbangan jaringan kemenangan ketika menewaskan Manchester City. Sepakan percuma yang hebat juga mampu dihadirkan oleh Mikel Arteta sebagaimana yang ditunjukkan ketika menentang Aston Villa. Rata-rata para penyokong tegar Arsenal sedikit bimbang dengan pertemuan menentang Chelsea kerana pasukan The Blues tersebut nampaknya telah kembali bergerak sebagai satu unit.
Tiada ulasan: