Breaking

EPL: Arsenal 0-0 Chelsea / Post-Match (Failed tactical & below par performance)

Para penyokong tegar Arsenal sekali lagi dikecewakan dengan keputusan perlawanan yang berkesudahan sekadar seri 0-0. Ianya menyebabkan Arsenal berisiko besar untuk terus mengekalkan tangga ke 3 EPL. Spurs & Newcastle semakin menghampiri.

Perlawanan menentang Chelsea di Stadium Emirates berlangsung sedikit hambar dengan hanya beberapa cubaan ke gawang Chelsea. RvP mempunyai beberapa peluang keemasan tetapi dinafikan oleh Petr Cech dan juga tiang gol. Pasukan Chelsea yang menurunkan pilihan kedua mereka kelihatan mampu mengimbangi serangan yang Arsenal lakukan dan kadangkala membalas ke kubu The Gunners.

Aaron Ramsey yang mengisi kekosongan Mikel Arteta gagal menyinar dan kerap kehilangan bola kerana lalai apabila Torres kerap mencuri bola daripada kakinya. Bahagian midfield Arsenal begitu longgar tanpa Arteta dan Rosicky juga gagal menyerlahkan potensinya apabila terpaksa kerap ke bawah untuk membantu bahagian tengah. Koscielny hampir saja menjaringkan gol melalui tandukan loop ke gawang Chelsea tetapi dinafikan oleh palang gol



Pada separuh masa kedua, permainan semakin perlahan dan tiada urgency dari skuad Arsenal untuk mendapatkan jaringan. Counter-attack tidak lancar dan menemui jalan buntu. Theo Walcott terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan dan diganti oleh Gervinho. Abou Diaby dimasukkan oleh Wenger menggantikan Rosicky dan ianya menjadi tanda tanya kerana dengan jelas para penyokong tegar Arsenal amat tidak berpuashati dengan prestasi Ramsey namun sebaliknya Rosicky yang dikeluarkan.



Alex Oxlade-Chamberlain yang diberikan peluang kesebelasan utama juga kurang melakukan larian solo sebagaimana biasa dilakukan dan akhirnya dikeluarkan untuk memasukkan Andre Santos. Pada 15 minit terakhir perlawanan, Arsenal kembali mengatur gerak namun perlawanan berkesudahan 0-0. Arsenal kembali tertekan dengan jumlah perbezaan 6 mata dengan Spurs.


Kegagalan mendapatkan 3 mata berharga kali ini pastinya mengecewakan semua penyokong tegar Arsenal. Arsene Wenger perlu lakukan sesuatu dan perlu admit AARON RAMSEY tu tak cukup bagus untuk beraksi sebagai kesebelasan utama Arsenal!
Dikuasakan oleh Blogger.