Breaking

FT Premier League: Arsenal 2-0 Watford, Ozil score & Ramsey bengang!

Pasukan Arsenal mencatat lagi satu kemenangan di Stadium Emirates malam semalam. Walaupun Watford memberikan saingan dan hampir-hampir membolosi gawang The Gunners beberapa kali tetapi Petr Cech dan pemain gantian Bernd Leno berjaya memastikan clean sheet untuk Arsenal.


Unai Emery enggan mengambil risiko dengan menggantikan Sokratis yang cedera semasa perlawanan Everton dan memberikan peluang kepada Rob Holding untuk bergandingan bersama Mustafi di bahagian pertahanan Arsenal.

Monreal dan Bellerin di bahagian fullback kiri serta kanan manakala Torreira dan Xhaka membantu defensive midfield. Aubameyang, Lacazette, Ozil dan Ramsey sebagai jentera serangan.

Perlawanan berlangsung lancar namun pada separuh masa pertama tiada jaringan dilakukan oleh kedua-dua pasukan. Malah Arsenal yang mengawal tempo permainan juga kelihatan seperti kurang idea.


Watford pula bermain bertahan dan mencari ruang untuk melakukan serangan balas yang diketuai oleh Troy 'Si Gemuk' Deeney.

Pada penghujung separuh masa pertama, Petr Cech mengalami kecederaan hamstring dan Bernd Leno masuk menggantikan beliau. Bernd Leno dapat sepak bola sekali sahaja dan pengadil perlawanan meniup wisel menamatkan separuh masa pertama. Hawau!


Apabila separuh masa kedua dimulakan, Watford kelihatan lebih berani untuk menyerang dan Arsenal masih tercari-cari rentak.

Hinggalah Aaron Ramsey dikeluarkan dan Iwobi menggantikan pemain tersebut. Ozil kembali ke posisi nombor 10, tempo permainan Arsenal jadi lebih teratur.


Tapi pada perlawanan kali ni Lacazette dan Aubameyang macam mandul idea. Welbeck dimasukkan ganti Aubameyang dengan perlawanan berbaki 13 minit lagi.

Akhirnya Watford terpaksa mengalah apabila pemainnya sendiri menjaringkan gol untuk Arsenal selepas diasak oleh Lacazette. Beberapa minit kemudian Ozil dengan mudah tap-in gol hasil hantaran Lacazette. Sempoi!

Bernd Leno juga mempamerkan prestasi cemerlang. Takdelah risau kalau Petr Cech injured lama pun. Kalau dulu-dulu.. Berpeluh beb!

Cuma Ramsey nampaknya tak puas hati bila dikeluarkan oleh Unai Emery. Beberapa kali dia gelengkan kepala. Poyo! Adalah berkemungkinan besar Ramsey akan dijual pada jendela perpindahan Januari 2019 nanti.

P/s: Keluar kat berita pasal Jurgen Klopp try bid Ramsey summer lepas. Kau jangan jadik macam Sanchez kat Manchester United tu.. Mereput dengan Mourinho! Kahkahkah.. Lawan West Ham pun sayur.

1 ulasan:

  1. She also named several of the mountains and peaks. Mary Schaeffer's books of the area attracted tourists from all over the US.gta 5 apk

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.