Breaking

Kisah terakhir seorang Theo!


Theo Walcott sudah menamatkan karier 12 tahunnya di Arsenal tetapi pemain antarabangsa England itu tegas mengatakan dia tidak menyimpan sebarang dendam ke atas kelab lamanya itu walaupun kini bergelar pemain Everton.

Pemain berusia 28 tahun itu tidak sempat mengucapkan selamat tinggal kepada semua rakan-rakannya di Gunners sebelum berpindah ke Liverpool menerusi yuran perpindahan yang dilaporkan bernilai £25 juta (RM136.4 juta).

Walcott hanya membuat 16 kemunculan bersama Arsenal dalam semua pertandingan musim terakhir.

“Atas apa saja alasan, ia tidak begitu menjadi dan itulah sebabnya mengapa saya perlu berpindah,” kata Walcott mengenai dirinya yang tidak lagi menjadi sebahagian daripada perancangan di Arsenal.


“Saya mengenali beliau (Wenger) sejak berusia 16 tahun dan usahanya membawa masuk pemain muda hingga membolehkan seseorang itu memiliki keyakinan diri adalah sesuatu yang sangat saya hargai.

“Memang lumrah apabila seseorang pemain itu kecewa apabila tidak dapat bermain tetapi saya tidak pernah hilang kepercayaan kepada beliau.

“Jika anda lihat kepada kekerapan saya beraksi musim ini, anda pasti tahu bahawa saya tidak lagi ada dalam perancangan dan justeru, masa untuk saya berpindah sudah tiba.

“Daripada segi karier, saya merasakan keputusan untuk berpindah ini adalah tepat. Ia berlaku begitu pantas. Tidak ada gunanya untuk saya menyesali masa lalu.

“Bila saya dapat tahu bahawa saya akan ke sini (Everton) saya perlu ke (pusat latihan Arsenal) pada sebelah malam dan mengemas semua barang-barang saya.

“Terdetik di hati saya untuk berpatah balik dan mengucapkan selamat tinggal kepada semua rakan-rakan tetapi saya tahu bahawa saya akan bertemu mereka lagi nanti dan saya tidak sabar untuk menentang mereka di padang.”

***

Ulasan Acik:

Begitulah pengakhiran buat pemain yang berpotensi besar tetapi tak berapa nak menjadi. Walaupun memiliki kualiti pecutan yang bagus tetapi football brain dia tak berapa nak mantop. Sayang sungguh!


Impian nak jadi penyerang macam Thierry Henry tidak kesampaian. Di Everton juga dia masih bermain di bahagian sayap :)

Walaupun begitu..


Acik tetap ingat dia troll Spurs 2-0 sambil diusung keluar padang. Saat manis jadi kenangan.. Cewah!

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.