Pemain Arsenal dilarang ambil minuman terlampau manis
Unai Emery mengharamkan pemain Arsenal daripada mengambil minuman buah-buahan mengandungi kandungan gula yang tinggi ketika usahanya meningkatkan pemulihan kelab Liga Perdana Inggeris itu selepas era Arsene Wenger.
Emery meminta kakitangan kantin Arsenal untuk mengeluarkan jus yang tidak segar daripada pangkalan latihan kelab London Colney.
Sebaliknya, pengurus Arsenal itu mahu pasukan mengikut jejaknya dengan mengambil minuman alternatif yang lebih sihat.
Skuad Gunners meraih kemenangan pertama mereka dengan keputusan 3-1 ke atas West Ham, selepas tewas dua perlawanan pertama kepada Manchester City dan Chelsea.
Bekas bos Paris Saint-Germain, Emery menegaskan pemain baharu berada dalam senarai teratas mengenai garis panduannya mengenai apa yang mereka harus minum.
‘Ya, ia benar,” katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai larangan terhadap minuman itu, hari ini.
“Saya suka buah-buahan dan saya suka jus buah-buahan. Tapi dengan kandungan gula yang tinggi? Ia sangat tidak baik.
“Ketika saya masih muda, ayah saya datang setiap hari dengan satu jus oren yang segar.
“Saya sukakannya dalam hidup saya. Oleh itu, apabila saya tiba di sini, saya hanya memintanya dari tukang masak. Semua pemain, saya fikir, ia adalah sama. Lebih baik mereka minum jus oren segar.”

Tiada ulasan: