Breaking

FT Carabao Cup: Arsenal 3-1 Brentford, Dat Guy score 2 bijik


Gigih Acik tunggu 2.45am untuk kick-off match Arsenal lawan Brentford. Habis pun dah dekat kul 5.00am, tunggu sat untuk Subuh sebelum Acik lelap.

Macam biasa, Acik layan live streaming je :)

Perlawanan berlangsung meriah dengan keseluruhan 4 gol dijaringkan. 3 gol oleh pasukan Arsenal manakala Brentford berjaya menembusi gawang Leno penuh bergaya.

Pasukan Brentford dibarisi pemain-pemain yang bersemangat terutamanya bekas pemain muda Arsenal iaitu Nico Yennadey.. Opps! Nico Yennaris.

Arsenal pula dibawah bimbingan Unai Emery membuat 9 pertukaran pemain dan hanya mengekalkan Mustafi serta Monreal yang beraksi sebagai kapten pasukan.

Danny Welbeck diberikan kepercayaan untuk lead serangan dibantu oleh Iwobi, Mkhitaryan dan pemain muda Smith-Rowe. Manakala Guendozzi dan Elneny mengemudi bahagian tengah, pertahanan pula dibarisi oleh Lichsteiner, Mustafi, Holding dan Monreal. Leno mengawasi gol Arsenal.

Perlawanan bermula rancak dan Leno nampak gugup apabila gagal mengawal bola hingga memberikan sepakan sudut buat Brentford. Bongok punya Bayer Leverkusen yang menganjing Petr Cech hari tu.

Tapi seawal minit ke 5, Arsenal sudah mendahului melalui tandukan kemas oleh Danny Welbeck. Kemudian permainan sedikit perlahan namun sekali lagi Welbeck berjaya menjaringkan gol kedua untuk Arsenal.

Rata-rata separuh masa pertama tempo permainan Arsenal macam acah-acah dah menang game. Apabila separuh masa kedua bersambung, Brentford mengasak menggila tetapi tak berjaya tembusi gol Arsenal.

Hinggalah pada minit ke 58, Guendozzi melakukan foul bodoh ya amat dan menghadiahkan sepakan percuma untuk Brentford yang disudahkan dengan sempurna oleh Alan Judge menewaskan Leno yang terlena.






Skrip biasa..
Apakah Arsenal akan melungkup seperti tahun-tahun sebelum ni?


Arsenal mula menggelupur. Brentford dapat semangat extra dan entah apa yang merasuk mereka menyerang bertubi-tubi. Lichsteiner yang baran tu sempat juga bertengkar dengan Elneny akibat tekanan memuncak.

Nampaknya taktikal Unai Emery menjadi. Pemain pun berjaya melaksanakan apa yang dirancang oleh jurulatih.

Lacazette dimasukkan dan menjaringkan gol pada minit-minit kecederaan, menjadikan kedudukan 3-1 hingga wisel penamat.

***

Ulasan Acik:

Tabik spring kat Brentford yang bersungguh lawan Arsenal. 

Iwobi nampak speedy bila menyerang. Dia perlu perbaiki decision making semasa menggelecek lawan. Kadang tu sebab nak laju sangat sampai entah apa hala dia gelecek bola. Mkhitaryan pun steady.. Padan muka geng Munyet yang kalah penalti tu.

Dah la tu.. Meroyan pulak nak pulangkan Alexis Sanchez, nak semula Mkhitaryan yang perform. Phuiii! Hari tu kemain lagi bangga nakharom.



Mourinho tu hawau. Pogba pun dah bengang! Kahkahkah. Saja troll depa sekali sekala.

P/s: Penyokong Munyet + Mourinho = Penyokong Hawau!

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.