Breaking

Aubameyang perlu terus meledak gol


Penting buat penyerang Pierre-Emerick Aubameyang terus meledak dalam usaha Arsenal menamatkan kempen Liga Perdana Inggeris musim ini di kedudukan empat terbaik, menurut bekas pemainnya, Sol Campbell.

Pemain berusia 29 tahun itu menjaringkan gol sulungnya dalam kempen liga musim ini ketika Gunners menewaskan Cardiff 3-2 di gelanggang lawan, minggu lalu.

Justeru, Campbell memberi peringatan betapa penyerang kebangsaan Gabon itu perlu sentiasa berada di prestasi terbaik jika mahu kelab utara London itu mencabar kedudukan empat teratas liga musim ini.




“Aubameyang, saya mengenalinya sejak musim lalu,” kata bekas pertahanan England itu. “Tapi saya fikir bermula dari awal musim ini, saya fikir bagus dia meneruskannya dan meningkatkan semula kebolehannya untuk menjaringkan gol.

“Saya fikir gol-gol ini akan menjadi elemen penting buat Arsenal untuk menduduki tangga melebihi enam teratas dan berharap mendapatkan kedudukan empat terbaik.

“Dia perlu meneruskannya, begitu juga Lacazette, tapi saya fikir dia betul-betul memerlukan alasan yang baik.”

***

Ulasan Acik:

Bukan Aubameyang je kena tip top tapi whole squad of Arsenal kena mantop. Tak gitu? Contohnya masa game lawan Everton hari tu, kalau Petr Cech ke laut.. Memang tipis la nak menang.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.