Penyokong kelab Persija Jakarta mati dibelasah! Liga Indonesia digantung sementara
Pengerusi Persatuan Bolasepak Indonesia (PSSI) Edy Rahmayadi berkata, siasatan terhadap kematian Haringga Sirila telah mula dijalankan.
"Kami perlu pastikan segala langkah diambil sebelum sebarang tindakan boleh dikenakan,” kata Edy.
"Kami mempunyai undang-undang, mungkin akan ada sekatan atau larangan bermula yang paling ringan seperti teguran sehinggalah denda malah dibatalkan penyertaan.”
Haringga, 23, dipukul sehingga mati oleh perusuh berdekatan Stadium Gelora Bandung Lautan Api sebelum perlawanan berlangsung dan video tragedi itu tersebar di media sosial sekali gus menggemparkan seluruh Indonesia.
Menteri Belia dan Sukan Indonesia Imam Nahrawi menyokong langkah menghentikan seketika aksi Liga 1 bagi membolehkan siasatan dijalankan.
"Ini sebagai menghormati mangsa dan keluarganya selain menzahirkan kesedihan dan kekecewaan seluruh masyarakat Indonesia tehadap insiden ini. Satu nyawa lebih mahal daripada bola sepak,” kata Imam .
"(Siasatan) bermula hari ini. Selepas itu kami bersama beberapa pihak akan mengambil langkah berikutnya.”
***
Ulasan Acik:
Walaupun berita ni tidaklah ada kena mengena secara langsung dengan Arsenal tetapi Acik rasa ia wajar dikongsikan agar menjadi pedoman buat penyokong bolasepak.
Tak kiralah tegar macam mana sekali pun tetapi perlu berfikir dengan rasional dalam bertindak. Takkanlah sampai nak belasah bagi mati aja itu bajingan?
Semoga keluarga arwah bersabar dalam ujian ini. Dan buat semua penyokong Malaysia, Indonesia, Singapura & Brunei serta seluruh dunia.. Jadikan peristiwa ini pengajaran yang cukup mahal.
Tiada ulasan: