Breaking

Emery tidak benarkan Joachim Low jumpa Mesut Ozil


BOS Arsenal Unai Emery memberitahu pengurus Jerman Joachim Low dia tidak dibenarkan datang ke pusat latihan kelab itu di Colney, London.

Low mahu bertemu bintang Arsenal Mesut Ozil dalam usahanya untuk meredakan ketegangan antara perancang itu dan FA Jerman.

Ozil bersara daripada mewakili skuad kebangsaan Jerman selepas mereka gagal mempertahankan Piala Dunia di Russia, baru-baru ini.

Bekas pemain Real Madrid itu menyatakan isu ‘perkauman dan tiada rasa hormat’ dihadapinya kerana berketurunan Turki menyebabkan dia menggantung but.

Low mendakwa kenyataan Ozil terhadap layanan skuad kebangsaan itu sengaja diperbesarkan.

Akhbar Jerman Bild melaporkan usahanya untuk menghubungi pemain itu sia-sia berhubung keputusan persaraan dibuat oleh pemain berusia 29 tahun itu.

Selepas tidak menerima sebarang maklum balas daripada Ozil, Low dan pengurus skuad kebangsaan Jerman Oliver Bierhoff terbang ke London sebagai usaha mengadakan perbincangan.


Selepas menghubungi Arsenal untuk mendapat kebenaran masuk ke pusat latihan kelab itu tanpa syarat tertentu, mereka dimaklumkan kehadiran mereka tidak dialu-alukan.

Bild mendakwa Emery sendiri memberi arahan tidak membenarkan Low dan Bierhoff masuk ke Colney London.

***

Ulasan Acik:


Bagus juga Unai Emery buat gitu. Protect interest Ozil dan biarkan dia terus fokus kepada Arsenal. Takde lagi potensi untuk injured sebab main untuk Germany :)

Kan?

Tapi Ozil kena pickup lagi momentum prestasi dia kat Arsenal. Perlu lebih effective. Cuma Acik kadang tu heran juga bila Aaron Ramsey sebab dia tak sesuai digandingkan dengan Ozil.

Selalu sangat takeover peranan Ozil, mungkin itu antara sebab Ozil tak berapa menyerlah setakat ni. Dia kena mainkan peranan number 10 dan supported by defensive minded player.

Itu Acik punya pikirlah. Kahkahkah!

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.