Breaking

Skhodran Mustafi benteng kukuh The Gunners

Nama yang semakin harum. Skhodran Mustafi telah bergandingan dengan Koscielny dan dia belum pernah tewas dalam mana-mana perlawanan untuk Arsenal setakat ini. Pembelian  £35 juta dari Valencia ini dianggap sangat berbaloi oleh penyokong Arsenal.


Walaupun Mustafi dibeli pada saat akhir jendela perpindahan akan ditutup namun semua itu tidak menjadi masalah apabila dilihat semula hari ini.

Pemain ini yang pernah menyarung jersi untuk Everton semasa remaja dan berpindah ke Sepanyol pada usia 17 tahun selepas merasa tidak dapat peluang beraksi lebih kerap. Dan tindakannya adalah sangat tepat! Hari ini Arsenal mempunyai pasangan pertahanan yang cukup mantap! :)


Bayangkan jika Mustafi terus di Everton bersama David Moyes? Silap hari bulan takde progress langsung.

"Saya mungkin sudah bermain 200 perlawanan untuk Everton jika saya tidak berpindah tetapi progress di Everton sangat perlahan." Kata Mustafi.


Pemain ini mempunyai ciri-ciri untuk jadi legend di Arsenal sekiranya terus beraksi cemerlang. Mustafi adalah berketurunan Albania tetapi datuknya telah berhijrah ke Jerman untuk memulakan hidup di sana.

Mempunyai karekter yang mantap dengan pendirian sebagai muslim yang utuh. Mustafi solat 5 waktu sehari dan pernah melewatkan sesi temubual Valencia kerana ada botol arak di meja untuk temubual tersebut.

Mustafi berazam untuk membantu Arsenal memenangi setiap perlawanan dan menjuarai EPL tahun ini.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.