Breaking

Pre-Match Everton vs Arsenal, Gabriel perlu ganti Mustafi


Awal pagi Rabu nanti perlawanan EPL antara Everton vs Arsenal. Memang jadual agak padat dalam festive season setiap musim. Ikut laporan terkini, Everton tidak ada masalah kecederaan tetapi rekod mereka musim ni memang hancus.

Everton hanya berjaya memenangi 1 perlawanan daripada 10 perlawanan terakhir mereka tetapi ianya bukanlah satu perkara yang boleh dipandang remeh oleh Arsenal.

EPL memang banyak drama. Tiada satu pun pasukan yang boleh diambil mudah. Liverpool pun terlungkup dengan Bournemouth! Jadi sebagai meneruskan langkah juara musim ini, Arsenal perlu sentiasa berwaspada. Peh! Acik dah macam pakar motivasi.. Kahkahkah.

Gabriel tentunya akan mengisi kekosongan pertahanan tengah setelah Mustafi alami kecederaan hamstring dan berdasarkan prestasi semasa Gabriel, ia mungkin tidak berapa menggusarkan penyokong Arsenal.

Rob Holding juga mampu beraksi baik, Acik kondifen dengan squad depth The Gunners season ni. 

"It is a challenge because we had good defensive stability. We have Gabriel [Paulista], we have [Rob] Holding who can come in for him. Overall, I am confident both can do well, but that's one of the tests we have," kata Pak Wenger.

Aaron Ramsey juga dikhabarkan alami kecederaan. Acik tak tahu nak respon macam mana. Ada juga sedikit gembira :D (rasa bersalah pulak) tapi prestasi Ramsey ni macam yo-yo sekarang. Up & down! Kadang-kadang okay.. Selalunya kelaut dalam!



Apa pun Romelu Lukaku perlu dikawal ketat oleh Koscielny dan Gabriel. Dia mampu merobek jiwa raga penyokong Arsenal kalau berjaya menjaringkan gol.

Jaringan jangkaan: Everton 0-3 Arsenal

Pastikan korang jengok blog semula untuk tengok Arsenal live http://arsenaltegar.blogspot.my/p/arsenal-live.html nanti. Set jam 3.45am ya!

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.