Julian Draxler ke Arsenal? Boleh percaya ke ni?


Wah! Dah dekat-dekat Januari.. Maka jendela perpindahan akan dibuka semula untuk sebulan. Maka macam biasa setiap tahun, Arsenal akan sentiasa memeriahkan berita. Ada je kisah pasal player Arsenal nak blah atau player dari team lain akan masuk ke Arsenal.

Acik dah lali wey!

Tapi yang terbaru ni tentang Julian Draxler, player dari Wolfsburg yang diejek oleh penyokong mereka. Ini berikutan kenyataan dari Draxler pada musim panas yang lepas untuk berpindah dari Wolfsburg tetapi dihalang oleh pihak pengurusan pasukan.


Arsenal mungkin jadi destinasi terbaik untuk Draxler. Pemain midfield yang selesa beraksi di sayap kiri ini juga merupakan dribbler yang cukup prolifik. Namun dengan situasi Arsene Wenger yang akan tamat kontrak tahun depan, semua itu masih jadi tanda tanya besar.

Lebih lagi dengan kontrak Ozil dan Alexis yang belum muktamad. Gelisah juga Acik dengan situasi ni. Cuma kalau dibandingkan gaji, si Pogba bodoh dan Rooney gemuk tu pun dapat gaji lagi tinggi. Acaner tu?

Untuk Draxler ni, Acik bagi 3/5 possibility untuk ke Arsenal. Kalau tak datang pun takpe. Kalau datang pun okay untuk tambah skuad depth.. Walaupun begitu Arsenal ada ramai pelapis untuk bahagian tu.

Korang rasa macam mana?
Dikuasakan oleh Blogger.