Breaking

Gempar £400,000: Alexis Sanchez mahukan gaji lebih tinggi untuk ikat kontrak baru!

Memang terkojut kambeng Acik bila Alexis Sanchez mahukan sehingga £400,000 seminggu. Gilo bhai! Tapi ini adalah tawaran yang Alexis terima dari sebuah pasukan di liga China. Memang takkan dapatlah kat Arsenal tinggi macam tu.



Gaji sekarang hanya £130,000 seminggu dan Arsenal dikhabarkan mahu menaikkan sehingga £200,000 atau mungkin maksima sehingga £260,000 seminggu. 

Alexis ingin menggunakan kesempatan yang ada untuk melonjakkan pendapatan beliau. Itu bukanlah sesuatu yang pelik cuma angka £400,000 seminggu terlalu tinggi.


Korang rasa camne?

Alexis sangat penting kepada Arsenal ketika ini dan gandingan bersama Ozil hampir perfect! Acik baru je cita-cita nak gi Stadium Emirates tahun depan. Kalau camni punya tinggi gaji Alexis, confirm harga tiket pun naik beb. Aduhai... Layan live streaming ajelah kita :)


Kalau Alexis dapat macam tu.. Dah sah Ozil pun mahu. Abih team mate lain tengok aje ke? Inilah isu yang sering pasukan bolasepak hadapi terutamanya Arsenal. Dah berapa musim kita ni asyik jual player sebab tak dapat nak bagi gaji lebih tinggi.




Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.