Thierry Henry cedera!
Lagenda Arsenal, Thierry Henry kini dilaporkan telah mengalami kecederaan ketika menjalani latihan bersama skuad The Gunners. Berita ini memberikan impak kepada semua penyokong tegar Arsenal yang mahukan dia beraksi menentang Manchester United Ahad nanti.
Walaupun baru bermain dua perlawanan setelah menyertai Arsenal melalui pinjaman selama 6 minggu dari New York Red Bulls, Henry yang diharapkan mengembalikan keyakinan serta prestasi terbaik Arsenal pula dihantui oleh masalah kecederaan. Apakah sebenarnya situasi yang dihadapi oleh Arsenal?
Henry dilaporkan terhincut-hincut keluar dari sesi latihan dan telah menjalani pengimbasan. Keputusan sebenar masih ditunggu sama ada hanya sekadar cramp atau kecederaan yang lebih serius.
Kecederaan demi kecederaan dialami oleh setiap pemain malahan pemain yang baru dibeli juga menghadapi permasalahan yang serupa. Walaupun prestasi RvP memuncak ketika ini tetapi para penyokong Arsenal akan lebih lega sekiranya Henry menyertai perlawanan tersebut walau hanya dari bangku simpanan.
Dengan ketiadaan Marouane Chamakh yang bermain di Africa Cup of Nations, Prof. Wenger pasti terpaksa menamakan JY Park sebagai penyerang simpanan dan jelas sekali JY Park masih belum menemui sentuhan serta tahap keyakinan yang rendah.
Tiada ulasan: