Breaking

Personaliti KPTA: Our living legend, Thierry Daniel Henry


Sekiranya anda merupakan penyokong Arsenal tetapi tidak mengenali siapa Thierry Henry, ianya pasti menjadi perkara yang sangat pelik dan mengarut. Ini adalah kerana tahap lagenda serta sumbangan yang super hebat yang telah diberikan kepada Arsenal sepanjang dia berkhidmat bersama The Gunners.

Kini dia kembali lagi untuk memberikan yang terbaik untuk semua di Stadium Emirates. Malah dia telahpun menjaringkan gol kemenangan untuk Arsenal pada penampilan pertamanya. Bak kata Prof. Wenger, ia umpama mimpi indah yang sukar untuk diulang oleh sesiapapun.

Penulis percaya, pasti ramai yang hampir bergenang airmata malah mungkin ada yang berlinangan dengan jaringan tersebut. Ianya amat historikal serta penuh dengan emosi. Thierry Henry sendiri pun begitu emosional dengan peristiwa yang tak disangka-sangka itu.

Apa pun, mari kita mengenali dengan lebih dekat siapa sebenarnya Thierry Daniel Henry yang menjadi pujaan setiap penyokong Arsenal.

Thierry Daniel Henry merupakan seorang pemain bolasepak Perancis yang kini sedang beraksi untuk Arsenal secara pinjaman daripada New York Red Bulls ketika artikel ini ditulis. Dia dilahirkan di Les Ulis, Essonne (pinggiran Paris).

Kemahiran dan kualiti permainan dia telah dikesan oleh AS Monaco pada 1990 lalu terus diambil bermain untuk mereka. Thierry Henry membuat penampilan professional pada 1994 dan 4 tahun kemudian bermain untuk negaranya.

Thierry Henry menyertai Arsenal pada 1999 dengan bayaran £11juta daripada pasukan Juventus. Di Arsenal, dia dibimbing oleh Prof. Wenger sehingga mencapai tahap pemain bertaraf dunia. Walaupun agak bergelut untuk mempamerkan prestasi terbaik pada awalnya, Henry berjaya menjadi penjaring terbanyak Arsenal untuk hampir setiap musim dia bermain di Highbury.

Henry menjadi penyerang yang sangat prolifik dan memegang rekod penjaring terbanyak sepanjang masa Arsenal dengan 227 jaringan dalam semua pertandingan. Memenangi EPL dua kali dan tiga kali Piala FA, Henry telah dicalonkan sebagai FIFA World Player of the Year sebanyak dua kali. Henry telah memenangi pelbagai anugerah individu dan juga telah mengetuai jentera serangan Perancis untuk memenangi Piala Dunia 1998, EUFA Euro 2000 dan 2003 FIFA Confederations Cup.

Pada Oktober 2007, Thierry Henry melepasi rekod Michel Platini sebagai penjaring terbanyak sepanjang masa untuk Perancis. Thierry Henry menyertai Barcelona selepas Arsenal dan seterusnya bermain untuk New York Red Bulls.

Corak permainan yang pantas oleh Thierry Henry adalah terdorong daripada beberapa fasa perubahan yang dialami sebagai pemain bola sepak. Pada peringkat awal, Henry enggan bermain bola sepak tetapi bapanya memberikan dorongan yang kuat.

Henry beraksi sebagai penyerang tetapi berubah kepada pemain sayap sewaktu bersama AS Monaco dan Juventus. Apabila dia menyertai Arsenal, Prof. Wenger mengembalikan posisi asalnya kepada penyerang dan berpasangan dengan Dennis Bergkamp. Kemampuan Henry untuk menjaringkan gol amat disanjung sehinggakan Prof. Wenger ada menyebutnya.
"Thierry Henry could take ball in the middle of park and score a goal that no one else in the world could score".
Dia telah menerima pelbagai anugerah dan sanjungan sepanjang usia dia bermain bolasepak. Pelé telah menamakan Thierry Henry sebagai kelompok pemain yang termasuk dalam "Top 125 Greatest Living Footballers". Thierry Henry juga merupakan pemain yang mendapat perhatian daripada penaja kerana populariti yang dimilikinya.

Kini, Thierry Henry kembali ke Arsenal untuk beraksi di Stadium Emirates dengan jersi bernombor 12. Lagenda yang terus melangkah untuk memberikan sumbangan terhadap pasukan kesayangannya, ARSENAL!

THE KING HAS RETURN!

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.