EPL: Arsenal vs Manchester United / Pre-Match (Misi Balas Dendam!)


EPIK! Pertembungan antara The Gunners menentang paksi kejahatan Red Devils amat dinantikan oleh seluruh penyokong tegar Arsenal. Pastinya ramai yang masih merasai keperitan ketika tewas 8-2 di Old Trafford pada malam menjelang Aidilfitri yang lepas.. dan kali ini peluang terbaik untuk menebus kembali kekecewaan tersebut.

Perlawanan akan berlangsung di Stadium Emirates akan bingit dengan sorakan semangat untuk membakar gelora  para pemain Arsenal. Hari Ahad, malam menjelang Tahun Baru Cina, apakah akan membawa aura naga untuk Arsenal? Kerisauan dan kebimbangan tetap hadir tetapi kalah menang itu perkara kedua. Penyokong tegar pasti mahukan perlawanan berlangsung dengan penuh semangat perjuangan.

Beberapa faktor dilihat mampu memberikan kelebihan buat skuad bimbingan Prof. Wenger. Antaranya ialah:

  • Kemampuan Arsenal untuk melancarkan serangan balas yang pantas adalah antara kualiti terpenting dan menjadi trademark gaya permainan Arsenal selama ini.
  • Dengan prestasi Manchester United yang juga mengalami krisis dibahagian pertahanan tanpa Nemanja Vidic serta Rio Ferdinand yang semakin tua. Peluang ini perlu digunakan sepenuhnya untuk menghukum Red Devils.
  • Krisis dibahagian tengah Red Devils juga menyebabkan Paul Scholes dipanggil semula walaupun telah mengumumkan persaraan. Ini menunjukkan dengan jelas betapa kritikalnya masalah tersebut untuk Manchester United.
  • Kembalinya beberapa pemain daripada kecederaan adalah antara sumber motivasi yang cukup baik dan perlawanan di gelanggang sendiri pastinya memberikan kelebihan yang jelas.
  • Thierry Henry pasti dapat memberikan impak positif. Lihat saja sebaik dia dimasukkan ketika perlawanan dengan Swansea tempohari. Corak permainan menjadi lebih laju dan pemain lebih bersemangat serta berkeyakinan. Dengan reputasi Henry sebagai pemusnah Red Devils, ini sedikit sebanyak memberikan kesan kepada mentaliti pemain Manchester United.
Rivalry antara kedua pasukan besar ini telah berlarutan sekian lama dan setiap pertembungan akan mengundang persaingan yang tinggi. Kehadiran semula lagenda kedua-dua pasukan (Henry & Scholes) akan membuatkan pertembungan kali ini lebih menarik.

Barisan jangkaan:
Szczesny
Koscielny - Mertesacker - Vermaelen - Miquel
Alex Song - Arteta - Rosicky
Walcott - RvP - Chamberlain

Jaringan jangkaan: Arsenal 3-1 Manchester United

Henry mungkin akan dimasukkan pada separuh masa kedua untuk memberikan impak kepada permainan Arsenal. 3 mata penuh perlu diraih untuk terus bersaing merebut kedudukan Top Four.

P/S: Para penyokong Arsenal akan berkumpul di Iskandarates, Seksyen 7 Shah Alam dan beberapa aktiviti telah disusun oleh AMS serta adanya liputan daripada pihak media. Semua dijemput untuk memeriahkan majlis serta sama-sama bersorak.
Dikuasakan oleh Blogger.