7 FAKTA: Apa masalah game lawan Swansea?

Keputusan perlawanan yang mengecewakan banyak pihak terutamanya para penyokong tegar Arsenal. Ini kerana mengikut jangkaan awal, Arsenal tidak akan menghadapi masalah untuk menyembelih Angsa Laut tersebut namun telahan tersebut ternyata silap kerana persembahan terhoyong hayang skuad The Gunners.

Walaupun memulakan perlawanan dengan langkah positif kerana berjaya merobek gawang setelah 4 minit perlawanan bermula. Tetapi ianya menyebabkan beberapa perkara yang berbangkit dan cuba dikupas nanti. Segala perancangan yang telah dicatur oleh Prof. Wenger menemui jalan buntu.

  • Gol awal menyebabkan para pemain Arsenal menjadi over-confident dan ianya memakan diri apabila Swansea City yang bermain dihalaman sendiri cuba menyamakan defisit gol. Apabila Swansea memperolehi penalti dan menjaringkannya melalui Scott Sinclair, skuad Swansea menjadi lebih yakin terhadap kemampuan mereka mengkucar-kacirkan Arsenal.
  • Barisan tengah kurang kreatif dan tidak mempunyai ball-flow yang lancar antara Ramsey & Benayoun. Alex Song terpaksa bekerja keras untuk menutup ruang terbuka dan membantu barisan pertahanan terutamanya bahagian kiri dan kanan yang kerap bocor. Ketiadaan Arteta amat dirasai.
  • Ketiadaan natural fullback kiri dan kanan semakin meruncing dan memberikan impak yang besar terhadap potensi serangan Arsenal. Ditambah pula ketiadaan Gervinho, Arshavin nyata gagal menjalankan tanggungjawab sebagai wide player. Walcott juga tidak mampu memberikan aksi terbaik dan kurang composure ketika kawalan bola. Namun dia berjaya menjaringkan gol kedua Arsenal.
  • Ignasi Miquel dan Djohan Djourou gagal bermain sebagai fullback kiri dan kanan. Gol ketiga Swansea amat melukakan kerana para penyokong tak sempat habis sorak hasil jaringan Walcott, alih-alih dah kena sebijik! CISSS!
  • Urgency attacking & sharp passing tidak diaplikasikan ketika perlawanan tersebut dimana Aaron Ramsey & Arshavin kerap kehilangan bola dengan mudah. Djourou pula kerap memberikan bola ke belakang dan kelihatan tidak yakin, ini membantutkan gerakan serangan The Gunners.
  • Rosicky sepatutnya dimasukkan lebih awal tetapi berdasarkan laporan, dia dikatakan mengalami masalah kesihatan dan tidak fit untuk bermain 90 minit. Percaturan Wenger dengan memasukkan Rosicky, Henry & Chamberlain pada separuh masa kedua memang memberikan impak kerana Arsenal mula mengawal permainan tetapi defensive errors menyebabkan kemaraan tersebut tidak bermakna.
  • Masalah kecederaan sekali lagi menghantui Arsenal. Mikel Arteta, Jack Wilshere, Sagna, Gibbs, Santos dan Vermaelen antara nama yang tercedera.. Malah Mertesacker juga dilaporkan tidak sihat.. Apakah yang perlu Arsenal dan Prof. Wenger lakukan?
Pintu perpindahan Januari telah dibuka dan apakah Arsenal perlu mendapatkan pemain baru? Sekiranya Prof. Wenger mendapatkan pemain baru, apa akan berlaku bila pemain yang tercedera kembali? Pelbagai persoalan perlu dipertimbangkan dengan terperinci. Gary Cahill telahpun ke Chelsea, kini khabar angin mengaitkan Chris Samba semula kepada Arsenal..

Minggu ini pertembungan antara Arsenal dan Manchester United akan berlangsung.. apakah yang akan terjadi..
Dikuasakan oleh Blogger.