Suntikan semangat menjelang pertembungan menentang Manchester United

Perlawanan penting dan kritikal pada hari Ahad nanti menentang Manchester United yang telah merekodkan peristiwa perit untuk Arsenal pada awal musim 2011/12. Walaupun ketika ini prestasi Arsenal mengalami penurunan serta diselubungi oleh masalah kecederaan, namun beberapa berita perkembangan terbaru agak melegakan.

Mikel Arteta dan Thomas Vermaelen dikhabarkan semakin cergas. Mereka juga dikatakan mampu kembali menyarung jersi Arsenal serta memperkuat jentera skuad The Gunners pada hari Ahad.

Barisan pertahanan Arsenal mengalami krisis setelah beberapa pemain utama cedera seperti Kieran Gibbs, Andre Santos, Carl Jenkinson dan Bacary Sagna serta Francis Coquelin.

Bacary Sagna mungkin sempat pulih tetapi adalah terlalu berisiko untuk terus meletakkannya dalam perlawanan getir yang menuntut prestasi permainan tahap tinggi.
Dikuasakan oleh Blogger.