Breaking

EPL: Swansea City 3-2 Arsenal / Post-Match (Pertahanan yang rapuh!)


Persembahan yang sangat-sangat rapuh daripada skuad Arsenal terutamanya bahagian pertahanan yang kurang fokus. Arsenal bocor dibahagian kiri dan kanan yang diisi oleh Iqnasi Miquel dan Djohan Djorou. Serta Arshavin yang kerap kehilangan bola dan hantaran yang tidak kemas serta menyusahkan rakan. Inilah kenyataannya yang perlu diterima oleh setiap penyokong tegar Arsenal.

Walaupun Arsenal berjaya mendahului pada minit ke 5 dengan jaringan yang cantik dan sempurna oleh RvP tetapi bahagian pertahanan gagal melaksanakan tanggungjawab untuk mengekang asakan kemas oleh Swansea City. Bahagian tengah tidak mempunyai kelancaran hantaran dan bahagian sayap pula seperti tidak mempunyai idea. Walcott tidak lagi menyerlah dengan larian kencang dan gelecekan seperti pada awal kebangkitan Arsenal.

Kehadiran Thierry Henry, Rosicky dan Chambo yang dimasukkan pada separuh masa kedua kelihatan sedikit positif dimana Arsenal kembali mengawal permainan. Chambo dilihat lebih berpotensi serta kreatif membuka ruang permainan. Szczesny melakukan beberapa kesilapan dalam membuat keputusan serta berisiko. Michel Vorm pula menjaga gawang dengan kemas menafikan beberapa usaha Arsenal untuk mendapatkan gol.

Ketiadaan fullback kiri dan kanan benar-benar terasa kerana tak mampu menyokong serangan bahagian sayap manakala mereka juga gagal mengekang asakan dibahagian masing-masing. Isu kecederaan kembali menyesakkan minda Prof. Wenger musim ini.. ketiadaan Arteta juga amat dirasai..

Kekalahan yang amat perit dan pahit untuk diterima. Tak dan habis penulis bersorak dengan jaringan kedua Arsenal.. dah kena sebijik lagi.. PEH!! memang kena tegar untuk menyokong Arsenal..

Entah apa ulasan yang aku buat kali ni.. berterabur dan macam out-of-context.. frust masih menghantui.. could this be a bless-in-disguise?

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.