Kemelut KPTA: Apakah kesudahannya?


Terbaru, krisis melanda Kelab Penyokong Tegar Arsenal dan ianya semakin meruncing akibat daripada sikap segelintir ahli yang tidak menghormati antara satu sama lain. Ianya telah berlarutan beberapa lama sehinggakan mendorong pengasas KPTA, Hafiz Kurt untuk mengambil tindakan drastik untuk menutup KPTA buat selamanya.

Ianya mendapat maklum balas yang pelbagai daripada semua ahli. Ada yang menyokong dan tak kurang juga yang membantah tindakan menutup KPTA tersebut. Ini kerana KPTA telah menjadi wadah untuk para penyokong tegar Arsenal berkumpul dan berbincang sesama rakan serta menjadi tempat untuk menambah kenalan.

Walaupun kuantiti KPTA mencecah sehingga 5715 orang, namun ianya menjadi terlalu sukar untuk dikawal. Beberapa tindakan dari pada admin dipersoal dan dipertikaikan bulat-bulat tanpa melihat kepada usaha yang cuba dilakukan. Sememangnya soal integriti para ahli dan admin menjadi perdebatan sehinggakan akhirnya membawa kepada perpecahan.

Apakah ini kesudahannya setelah pelbagai usaha dilakukan demi kebaikan KPTA? Penulis yang juga dilantik sebagai admin di KPTA juga amat terkilan dengan keputusan pengasas KPTA kerana group KPTA di halaman facebook telahpun berjaya menyatukan begitu ramai ahli.

Walau apapun yang bakal berlaku, blog KPTA akan terus diusahakan seperti biasa agar menjadi tempat untuk para penyokong tegar berkongsi maklumat dan informasi. Salam hormat.

Love KPTA!
Dikuasakan oleh Blogger.