Breaking

Jose Mourinho bengang dengan taktikal Arsenal


Tak habis lagi rupanya dia meroyan. Jose Mourinho meluahkan kesedihan dan bengang kepada strategi yang telah digunakan oleh Arsenal untuk menewaskan Chelsea di Wembley. Rupanya dia benar-benar terguris dengan kekalahan tersebut.

"Arsenal meninggalkan falsafah mereka di dressing room" kata Mourinho. "Pada pandangan saya, mereka (baca: Arsenal) menukar taktikal dan bermain di separuh masa kedua dengan 9 pemain di depan gol. Selepas berjaya mendapatkan 1 gol, mereka bertukar menjadi sangat defensif." sambungnya lagi.

Strategi Makan Tuan!

Aku rasa dia (baca: Mourinho) sebenarnya pelupa. Bukan ke strategi parking bas depan gol tu adalah taktikal Chelsea? Serupa macam mencarut kat diri sendiri! Dah jelas bahawa Mourinho dah semakin goyang apatah lagi bila dia gagal menghalang perpindahan Petr Cech ke Arsenal.

Baca juga: Mourinho Parking Bas Depan Gol

Berdasarkan statistik dari OPTA, Arsenal lebih banyak membuat cubaan berbahaya sepanjang 90 minit permainan. Defensif apa ke bendanya? Malah selepas Theo Walcott digantikan dengan Olivier Giroud, rangkaian tengah The Gunners lebih rancak menyerang kubu Chelsea. Apa buta Mourinho ni? Oh! Mungkin dia tak buta mata tapi dah tentu dia buta hati!

#ARSENALTEGAR #BLOG #ARSENAL #CHELSEA

p/s: Teruskan follow semua update posting tentang Arsenal di page Facebook Arsenal Tegar

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.