Arsenal 0-0 Liverpool: Tumpul dan Referee Tolol
Kesudahan yang mengecewakan untuk Arsenal selepas sekadar seri 0-0 menentang Liverpool di gelanggang keramat Stadium Emirates. 10 minit awal Arsenal mengasak dengan cukup hebat hinggakan Aaron Ramsey berjaya mencuri ruang dan melorongkan bola ke gawang Liverpool hasil thru pass oleh Santi Cazorla.
Tapi sayangnya, linesman dan referee sama tolol membatalkan jaringan tersebut kerana dikatakan offside. Hasil dari tayangan semula, jelas sekali Aaron Ramsey tidak offside dan membuat larian sempurna cuma bila ada bangang dan tolol maka yang sempurna juga jadi cacat. Moral para pemain kelihatan terganggu dengan insiden tersebut dan ini berikan ruang kepada pemain Liverpool merencana serangan demi serangan.
Namun kehadiran Petr Cech di gawang Arsenal benar-benar memberikan impak positif apabila dia berkali-kali membuat tindakan penyelamat menepis cubaan pemain lawan. Luarbiasa sekali prestasi Cech kali ini, sememangnya itulah yang diharapkan dari beliau. Walaupun dua pemain pertahanan utama iaitu Per Mertesacker dan Laurent Koscielny tidak diturunkan, ianya digantikan oleh Gabriel dan Callum Chambers.
Pemain muda tersebut jelas nampak gugup dan berkali-kali Chambers tersilap memberikan bola kepada pemain lawan. Nyaris prestasi Petr Cech dan kemampuan Coquelin membuatkan kesilapan tersebut berjaya diatasi. Giroud pula kelihatan gagal untuk memenangi bola dan dia dikawal ketat oleh Lovren.
Pada separuh masa kedua, Walcott dimasukkan dan juga ketika berbaki 10 minit, Chambo juga dimasukkan tetapi tetap gagal mendapatkan ruang menjaringkan gol. Secara keseluruhannya semua bermain lebih baik pada separuh masa kedua tapi penyudah yang tumpul dan referee yang tolol membuatkan Arsenal hanya mengigit jari.
Tiada ulasan: