Breaking

Fakta Arsene Wenger yang ramai tak sedar!


ARSENE WENGER (The Professor) telah mencipta pelbagai rekod hebat di Arsenal namun kemarau trofi selama 9 tahun menjadi igauan ngeri ramai penyokong The Gunners. Tapi cuba korang tengok bebaik lagi sekali, dalam tempoh 10 tahun sebelum berpindah ke stadium baru, Arsene Wenger telah membimbing Arsenal untuk menjuarai 11 trofi. Malah membuat rekod unbeaten 49 perlawanan!

Piala EPL yang dimenangi juga berwarna keemasan menghormati pencapaian yang dilakukan oleh Arsenal ketika itu! 

Dan episod kekangan kewangan akibat pembayaran semula hutang pembinaan stadium kerap menggugat kestabilan pasukan apabila pemain utama merasakan Arsene Wenger seperti seorang yang kurang ambition. Ramai pemain tunggak yang keluar dari Arsenal tetapi selepas hutang dilangsaikan, Arsenal kembali gah dan berjaya mengekalkan pemain penting malah membuat pembelian pemain bintang seperti Mesut Ozil dan Alexis Sanchez.


Tak perlu nak bingit sangat. Haters yang mahukan Arsene Wenger dipecat juga kini semuanya membisu! Tempoh perpindahan masih lagi dibuka, apakah The Professor akan membawa pemain bintang lain selepas Petr Cech?

Kita nantikannya sama-sama :)

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.