Harian Metro: Nilai Arsenal atasi Chelsea
London: Di atas kertas Chelsea kelihatan melebihi Arsenal tetapi kajian nilai pasaran bola sepak terbaru membuktikan sebaliknya. Malah Chelsea dikatakan lebih berjaya selepas meraih empat gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika musuh bandar London itu kali terakhir bergelar juara liga pada 2004.
Kajian menunjukkan Gunners satu satunya kelab London bernilai lebih £1 bilion pound (RM6.5 bilion).
Kajian dilakukan oleh pakar kewangan bola sepak, Dr Tom Markham menunjukkan Arsenal bernilai £1.118 bilion (RM7.1 bilion). Nilai Gunners meningkat sebanyak 19 peratus sejak dua tahun lalu.
Juara bertahan Chelsea dianggar bernilai £826j (RM5.4 bilion) berikutan peningkatan sebanyak 38 peratus nilai kelab itu sepanjang tempoh sama. Data diterbitkan minggu ini mengambil kira nilai atau nilai pasaran berdasarkan pendapatan diraih oleh kelab, aliran wang dibelanjakan, aset, kapasiti stadium dan data ekonomi lain seperti bil bayaran gaji.
Senarai kajian terbaru nilai pasaran kelab EPL musim 2014/2015 menyaksikan Manchester United berada di tempat teratas £1,848 bilion (RM12 bilion) diikuti Arsenal £1,118 bilion (RM7.1 bilion). Jiran bising United, Manchester City di tempat ketiga 907j (RM5.9 bilion) dan Chelsea £826j (RM5.4 bilion) di tempat keempat.
Satu lagi kelab London, Tottenham Hostpur di tempat kelima bernilai £710j (RM4.6 bilion) diikuti juara Eropah lima kali, Liverpool tangga keenam £537j (RM3.5 bilion).
Sumber: Harian Metro
Tiada ulasan: