He's BACK! Alexis Sanchez kembali berlatih
Alexis Sanchez dah balik ke London Colney dan sedang meningkatkan kecergasannya. Mungkin korang perasan minggu lepas ada berita tentang Alexis Sanchez tetap mengekalkan kecergasannya dengan membuat latihan sendirian di pantai.
"Alex kalau tak berlari tu bukannya Alex. Awak tak boleh bayangkan dia hanya terbaring di pantai dan tidak bergerak! Dia telah kembali dengan tahap kecergasan yang bagus jadi itu agak positif, tapi saya tak terkejut kerana saya sendiri tak dapat nak bayangkan dia hanya lepak-lepak selama empat minggu dan tak buat apa-apa. Itu bukan dia."
- Arsene Wenger, arsenal.com
Untuk perlawanan pertama menentang West Ham United berkemungkinan besar Alexis tidak akan diturunkan tapi keputusan muktamad hanya akan diketahui saat akhir.
Tiada ulasan: