Breaking

UCL: AC Milan vs Arsenal / Pre-Match (Perlawanan terakhir Henry bersama The Gunners)

Perlawanan getir bakal dihadapi oleh skuad Arsenal yang berkunjung ke San Siro untuk menentang AC Milan. Ianya bakal menjadi medan pertarungan untuk membuktikan kemampuan The Gunners setelah menghadapi bulan yang mencabar pada Januari lepas.

Walaupun Per Mertesacker tidak akan beraksi kerana kecederaan yang dialami sewaktu menentang Sunderland tempohari, posisi tersebut akan diisi semula oleh Thomas Vermaelen bergandingan dengan Koscielny. Kieran Gibbs yang telah pulih akan mengisi posisi fullback kiri dan Sagna di posisi fullback kanan. Ini merupakan barisan pertahanan yang sempurna disetiap posisi asal mereka.

Walaupun ianya mungkin sedikit goyah kerana Kieran Gibbs baru saja sembuh dan ianya merupakan perlawanan pertamanya selepas 4 bulan diketepikan. Dia  mesti lekas menyesuaikan diri dan menyerap tekanan yang bakal diterima. Apakah Ignasi Miquel akan diberikan peranan oleh Prof. Wenger? atau Djourou  diturun menggantikan Mertesacker dan Vermaelen terus bermain di fullback kiri? Coquelin juga dikatakan bersedia untuk beraksi di bahagian fullback kiri atau kanan, mungkin dia merupakan pemain versatile yang mampu memikul tugasan di sebelah kiri?

Barisan tengah berkemungkinan besar dikemudikan oleh Rosicky yang menampilkan prestasi cemerlang bersama Arteta dan Alex Song. Bahagian sayap Theo Walcott dan Oxlade-Chamberlain pastinya akan diberikan kepercayaan dan RvP seperti biasa mengetuai jentera serangan Arsenal.

Kevin-Prince Boateng (ex-Spurs yang tak berapa best) dengan lagaknya berkata akan mengajar Arsenal serta yakin dapat mengecewakan Arsenal di San Siro. Apa pun, ianya akan menjadi medan terakhir untuk Thierry Henry beraksi bersama The Gunners dan diharapkan dia dapat sekali lagi membuat sentuhan emas!

Barisan jangkaan:
Szczesny
Bacary Sagna - Koscielny - Vermaelen - Gibbs
Alex Song - Rosicky - Arteta
Walcott - RvP - Chamberlain

Jaringan jangkan: AC Milan 0-2 Arsenal

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.