7 FAKTA: Sunderland vs Arsenal


Sunderland ternyata lawan yang begitu liat untuk dikalahkan. Namun dengan penuh sabar Arsenal menanti hingga saat akhir untuk menundukkan mereka dan merobek jiwa peminat Sunderland di Stadium of Light. Mari kita analisa perlawanan tersebut.


  • Keadaan padang amat mengecewakan dan memalukan. Memang dari awal permainan skuad Arsenal kelihatan tidak selesa bermain di situ. Flow wengerball terganggu kerana The Gunners sukar untuk melakukan sharp passing seperti biasa. Sunderland sepatutnya mengekalkan standard terbaik untuk padang bertaraf EPL.
  • Barisan pertahanan Arsenal baru saja memiliki skuad terbaik dengan kembalinya Sagna dan Gibbs dari kecederaan. Per Mertesacker terpaksa diusung keluar padang setelah mengalami kecederaan ligamen akibat dari keadaan permukaan padang yang teruk. Dia merupakan antara pemain yang konsisten dan memiliki kelebihan untuk mematahkan serangan dan hantaran tinggi. Pastinya Koscielny akan kembali berpasangan bersama Vermaelen untuk pertahanan tengah Arsenal.
  • 3 pemain gantian Arsenal berjaya memberikan impak yang sangat dinantikan. Aaron Ramsey menyamakan kedudukan setelah dia dimasukkan menggantikan Mertesacker yang cedera. Arshavin berjaya membuat umpanan sempurna untuk Henry lengkapkan kemenangan Arsenal. Ianya seumpama mimpi dalam mimpi (mcm tajuk lagu kan?) Aaron Ramsey & Andrey Arshavin teruk dikritik kebelakangan ini kerana prestasi mereka yang agak menurun. Manakala Thierry Henry menamatkan perlawanan EPL terakhirnya dengan menjaringkan gol kemenangan pada minit-minit akhir. WOW! memang dia lagenda..
  • Arsenal kembali ke Top 4! dan itulah sasaran utama untuk musim ini supaya mendapat tempat ke UCL musim depan. Liverpool kalah kepada Manchester United, Chelsea kalah kepada Everton dan Newcastle kalah kepada Spurs. Ini memberikan kelebihan kepada The Gunners untuk kembali ke posisi yang lebih baik. Diharapkan dengan ketiadaan Mertesacker untuk beberapa minggu selepas ini tidak memberikan kesan yang negatif.
  • Formasi 4-4-2 yang digunakan pada akhir-akhir permainan memberikan impak yang diperlukan. Apakah Arsenal mampu melaksanakan formasi ini selepas ketiadaan Henry? Mampukah Chamakh mengisi ruang tersebut atau Ju-Young Park akan menyerlah? Inilah kekosongan yang perlu ditampung segera oleh pemain-pemain yang ada.
  • Bentdner hanya mampu bermimpi! pemain penyerang Denmark tersebut hanya mampu bermimpi untuk beraksi dengan pemain terbaik dunia. Walaupun dia mengaku sebagai penyerang terbaik dunia tapi lihat sendiri di mana dia beraksi ketika ini.. di Sunderland yang memiliki padang tahap kandang lembu!
  • Percaturan Prof. Arsene Wenger menjadi kali ni! Dia berani membuat perubahan yang diperlukan saat-saat genting dan berjaya mendapatkan 3 mata berharga ketika pasukan lain mengalami kegagalan.
Dikuasakan oleh Blogger.