Breaking

EPL: Arsenal 5-2 Spurs / Post-Match (Class Is PERMANENT! 5 Ekor Ayam Gugur!)


Skuad bimbingan Harry Redknapp diajar untuk bermain bolasepak! Walaupun Arsenal ketinggalan 0-1 seawal minit ke 4 setelah Adebayor mengumpan Louis Saha untuk melakukan rembatan yang terkena kaki Vermaelen dan melambung masuk menjangkaui Szczesny. Seterusnya Tottenham Hotspurs diberikan sepakan penalti setelah Szczesny dipersalahkan kerana menjatuhkan Gareth Bale sedangkan sebenarnya tak kena langsung. Malah penjaga garisan pun tidak mengangkat bendera menyatakan kesalahan tetapi Mike Dean tetap memberikan sepakan penalti.

Sepakan penalti dilakukan oleh Adebayor dan Szczesny mengagak dengan tepat arah sepakan tetapi gagal menampan keluar. Permainan Arsenal kelihatan kucar kacir dan barisan pertahanan kerap bolos dengan hantaran kemas dari pemain tengah Spurs. Setelah lebih 25 minit bermain, Arsenal mula bermain dengan lebih cantik dan teratur serta melakukan asakan bertali arus ke gawang Spurs.

RvP mendapat ruang untuk melakukan rembatan tetapi tepat ke tiang gol. Seterusnya Arteta yang mendapat bola mengumpan ke tengah kotak penalti Spurs dan Sagna yang berlari kencang melakukan tandukan padu menerjah gawang Spurs yang dikawal oleh Brad Friedel menjadikan kedudukan Arsenal 1-2 Spurs.

Semangat menyerang dan keyakinan skuad The Gunners mula melonjak. Gandingan Rosicky, Arteta dan Alex Song berjaya menggerakkan Wengerball dan bola berjaya dilorong kepada RvP yang melakukan rembatan lencong yang sempurna. Kedudukan terikat 2-2 apabila pengadil meniup wisel menamatkan separuh masa pertama.

Apabila separuh masa kedua bermula, Spurs melakukan pertukaran pemain dengan memasukkan Rafael van der Vaart namun tetap gagal mengekang asakan Arsenal hingga memberikan ruang buat Rosicky menjaringkan gol ke 3 Arsenal. Seterusnya Theo Walcott yang sedikit hambar ketika awal permainan berjaya memperdaya Friedel dengan membuat lob untuk menjaringkan gol ke 4 dan akhirnya berjaya menambah 1 lagi jaringan dengan rembatan kemas.

Secara keseluruhan semua pemain berjaya meningkatkan tempo permainan pada separuh masa kedua dan Koscielny mengekang ketat Adebayor. Manakala Kieran Gibbs dan Sagna berjaya menyekat Bale dari melakukan larian berbahaya. Jenkinson yang dimasukkan pada separuh masa kedua juga bermain dengan baik.

Rivalry antara Arsenal dan Spurs tak perlu untuk diceritakan lagi dan ianya berakhir dengan kejayaan Arsenal menundukkan Spurs malah mengajar Spurs untuk lebih menghormati pasukan Arsenal. Pride of London.. ARSENAL! Spurs and Chelsea was tought how to play football.

P/S: Penulis menyaksikan perlawanan tersebut di Restoran Indasmaju, Indahpura Kulaijaya dan semangat Gooners brotherhood menemukan penulis dengan seorang penyokong tegar Arsenal sejak tahun 2000, Bro Siva. Thanks for sharing those thought and enjoying the moments together. COYG!

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.