Breaking

EPL: Arsenal 7-1 Blackburn Rovers / Post-Match (Fade to black! Burnt to the ground!)


Arsenal mengamok! Itulah yang mampu menggambarkan perlawanan antara Arsenal menentang Blackburn digelanggang keramat Stadium Emirates. Kemenangan 7 jaringan berbalas 1 amat manis apalagi jaringan akhir disumbat oleh lagenda Thierry Henry.

RvP mencipta hatrik selepas dengan mudah menyempurnakan 2 hantaran kemas daripada Theo Walcott dan satu assist daripada Coquelin. Oxlade-Chamberlain juga turut memahat nama sebagai penjaring dengan menyumbat masuk dua gol. Manakala Arteta dan Thierry Henry masing-masing menyumbatkan 1 gol menjadikannya 7 keseluruhan.

Gol Blackburn hadir melalui sepakan percuma yang sempurna oleh Pederson untuk menyamakan kedudukan 1-1 tetapi ianya menjadikan The Gunners lebih bersemangat untuk mendapatkan gol. Ditambah lagi dengan layangan kad merah untuk pemain Blackburn, Givet selepas melakukan terjahan keras terhadap RvP.

Secara keseluruhan semua pemain beraksi cemerlang. Rosicky yang bermain kesebelasan utama menggunakan kelebihan kepantasan serta pengalamannya untuk mengemudi bahagian tengah. Arteta dan Song sebagaimana biasa menyerap setiap serangan lawan dan membantu barisan pertahanan mengekang cubaan mendapatkan gol.

Coquelin antara pemain yang menyerlah. Koscielny dan Mertesacker gandingan mantap dibahagian pertahanan tengah. Vermaelen juga semakin kerap membantu serangan dengan overlapping yang dilakukannya.

Separuh masa kedua, Henry dimasukkan menggantikan Chamberlain, Sagna menggantikan Koscielny dan Benayoun menggantikan Rosicky.

Arsenal mempunyai peluang untuk mendapatkan lebih banyak jaringan tetapi beberapa cubaan tersasar dan pertahanan Blackburn dipaksa bekerja keras. Penjaga gol Blackburn Rovers, Paul Robinson ternyata kelihatan sugul dan kecewa dengan apa yang dialaminya.


Ini kali kedua dalam musim ini Arsenal membelasah pasukan lawan sehingga begitu rupa. Chelsea dengan rekod 5-3 dan kini Blackburn 7-1. Ini juga merupakan kemenangan pertama untuk Arsenal pada tahun 2012 setelah mengalami kekecewaan dalam 4 perlawanan sebelum ini.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.