Breaking

EPL: Arsenal 1-2 Manchester United / Post-Match (Chamberlain yang menyinar! Arshavin yang tamat tempoh!)

Satu lagi perlawanan yang berkesudahan dengan kekecewaan untuk para penyokong Arsenal. Walaupun Arsenal memulakan permainan dengan baik tetapi prestasi tersebut semakin goyah sehingga ke penghujung separuh masa pertama sehinggakan hantaran lintang oleh Ryan Giggs berjaya ditanduk masuk oleh Valencia.

Kesebelasan utama dibarisi dengan beberapa perubahan yang dilihat langkah positif terutamanya kehadiran Alex Oxlade-Chamberlain yang mengambil alih tempat Arshavin dan Rosicky diberikan kepercayaan untuk mengemudi barisan tengah menggantikan Arteta yang masih belum pulih sepenuhnya. Vermaelen juga mengisi bahagian fullback kiri manakala Djourou diberikan tugasan dibahagian fullback kanan.

Kemampuan Alex Oxlade-Chamberlain benar-benar memberikan tekanan buat pertahanan Manchester United dengan kelincahan larian bertenaga serta keberanian membuat cubaan jarak jauh. Pembelian 15juta pound ternyata berbaloi untuk pemain muda yang masih berpotensi besar untuk terus berkembang. Theo Walcott dilihat kurang memberikan impak untuk membuka ruang buat Robin van Persie. Djourou pula dibuli dibahagian kanan dan gagal mengekang Nani dari merobek pertahanan Arsenal.

RvP mendapat peluang untuk menjaringkan gol pertama Arsenal setelah Rosicky berjaya mencuri bola dan membuka ruang untuk RvP melakukan rembatan penyudah tetapi ianya sedikit tersasar. Pada separuh masa kedua, Yennaris dimasukkan menggantikan Djourou dan permainan menjadi lebih seimbang.

Setelah meningkatkan asakan ke kubu Manchester United, Chamberlain berjaya melorongkan bola buat RvP untuk disudahkan dengan sepakan leret yang menuju tepat ke sudut gawang. Namun beberapa minit selepas itu, Prof. Wenger tiba-tiba mengeluarkan Chamberlain dan digantikan dengan Arshavin. Dan seperti yang dijangka, Arshavin gagal untuk membantu serangan malah kerana alpa untuk marking player, ruang sebelah kiri Arsenal bocor dan akhirnya Manchester United berjaya mendapatkan gol kedua mereka melalui rembatan Welbeck.

Arshavin amat mengecewakan!

Aaron Ramsey yang begitu rajin tetapi tidak cukup tajam dalam membuat hantaran dan agak sloppy dikeluarkan dan Ju-Young Park dimasukkan. Tetapi ianya agak terlewat dan Arsenal gagal untuk mendapatkan gol penyamaan.

Kosciely dan Mertesacker beraksi cemerlang menafikan beberapa peluang Manchester United. Alex Song ditugaskan untuk mengekang Wayne Rooney dan ianya dilaksanakan dengan penuh disiplin. Szczesny juga cemerlang menjaga gawang tetapi dua jaringan oleh Manchester United memang diluar jangkauan penjaga gol Arsenal tersebut.

Arsenal perlu bangkit dari beberapa siri kekalahan dan Prof. Wenger perlu lebih teliti dalam membuat strategi supaya tidak termakan diri. Kemasukan Arshavin amat pelik kerana prestasi cemerlang Chamberlain sehingga berjaya assist RvP untuk gol pertama Arsenal. Ketiadaan beberapa pemain utama jelas merencatkan Arsenal.

Beberapa pemain yang dibeli sewaktu musim panas yang lepas gagal untuk beraksi atas faktor kecederaan dan tugasan kenegaraan. Hanya Mertesacker yang bermain serta Ju-Young Park yang masih tercari sentuhan. Mungkinkah Wenger perlu mencari penyelesaian segera dengan membeli pemain? atau dia akan terus berdegil dengan pemain yang sedia ada. Yang jelas, misi balas dendam gagal dilaksanakan dan Arsenal semakin ketinggalan untuk mengisi kedudukan Top Four EPL.

Mungkinkah Arsenal terpaksa bersaing untuk Europa League musim depan? atau akan beraksi di UCL dengan menggunakan tiket kejuaraan UCL? situasi Arsenal semakin meruncing dan ianya menggusarkan penyokong tegar Arsenal.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.