Breaking

Mertesacker: Podolski berminat untuk sertai The Gunners!

Penyerang berbisa Koln (Cologne) Lukas Podolski dilaporkan sangat berminat untuk menyertai Arsenal, mengikut kata rakan sepasukan antarabangsa Germany dan pemain pertahanan The Gunners, Per Mertesacker.

Podolski yang telah dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal sejak musim panas yang lepas dan kini ianya dikhabarkan semakin hangat. Pemain berusia 26 tahun tersebut yang mampu beraksi sebagai lone-striker atau di bahagian sayap telah menjaringkan 16 gol di Bundesliga musim ini.

Kini Mertesacker yang menyertai Arsenal dari Werder Bremen pada musim panas yang lepas telah mendedahkan bahawa Podolski menghubunginya mengenai perpindahan dan dikatakan sangat berminat untuk menjadi sebahagian dari skuad Arsene Wenger.
"He has been very interested in the past few weeks and has sent me a number of text messages. 
"I've told him that this is a great place to work and that Arsenal are an amazing club. 
"Nothing has been agreed on yet, though, and Lukas hasn't given me a ring yet."
Podolski yang dilahirkan di Poland telah menolak untuk memberikan sebarang komen yang mengaitkan beliau dengan Arsenal tetapi pengurus Koln, Stale Solbakken menyatakan pada bulan lepas yang dia mungkin akan kehilangan pemain bintang tersebut pada musim panas yang akan datang.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.