EPL: Arsenal vs Newcastle / Pre-Match
Esok Arsenal akan menerima kunjungan Newcastle ke Stadium Emirates. Pertembungan awal sewaktu pembukaan musim pada bulan Ogos berkesudahan seri 0-0 di St. James Park. Pada perlawanan tersebut, debut Gervinho untuk Arsenal ditanda dengan menerima kad merah setelah berlaku insiden dengan bekas pemain Newcastle, Joey Barton.
Sejak kebangkitan semula Arsenal dengan kemenangan 5-2 terhadap Spurs, kemenangan terhadap Liverpool dan AC Milan, skuad Arsene Wenger mempunyai keyakinan tinggi untuk meneruskan rentak kemenangan tersebut. Sekiranya Arsenal berjaya mendapatkan 3 mata penuh, The Gunners hanya akan berbeza 1 mata dengan Spurs ditempat ke 3 dan meninggalkan Chelsea 3 mata di tempat ke 5.
Namun begitu, Newcastle tidak boleh dipandang mudah kerana pencapaian mereka musim ini agak memberangsangkan. Dengan prestasi Demba Ba yang telah menjaringkan 16 gol musim ini, pasukan yang dikendalikan oleh Alan Pardew memiliki kualiti yang mampu mengecewakan mana-mana pasukan.
Beberapa pemain utama Arsenal dilaporkan telah kembali pulih dari kecederaan seperti Mikel Arteta dan Aaron Ramsey. Andre Santos juga telah pulih dan boleh diturunkan sekiranya Gibbs mengalami masalah.
Barisan jangkaan:
Jaringan jangkaan: Arsenal 2-0 Newcastle

Szczesny
Sagna - Koscielny - Vermaelen - Gibbs
Song - Arteta - Rosicky
Walcott - RvP - Gervinho

Tiada ulasan: