Breaking

EPL: Everton vs Arsenal / Pre-Match (3 lagi mata penting!)

Skuad Arsenal akan bermain di Goodison Park menentang pasukan bimbingan Moyes, Everton. Perlawanan akan dimulakan dengan menepuk tangan selama seminit untuk pemain Bolton, Fabrice Muamba yang dilaporkan masih dalam keadaan kritikal.

Selepas berehat panjang untuk The Gunners, Arsene Wenger pasti dapat menurunkan skuad terkuatnya yang segar untuk memastikan 3 mata dalam genggaman. Manakala skuad Everton yang kelihatan lebih memberikan tumpuan terhadap Piala FA mungkin akan merehatkan beberapa pemain utama mereka.

Everton telah menewaskan Manchester City, Tottenham dan Chelsea di laman mereka. Ini memberikan tanda bahawa Arsenal perlu berhati-hati dengan skuad yang sukar dijangka.

Ianya juga menjadi persoalan bagaimana penerimaan penyokong Everton terhadap Mikel Arteta kali ini. Apakah dia akan diberikan penghormatan atau dihina?

Berikut ialah barisan jangkaan yang akan diturunkan oleh Arsene Wenger.

Szczesny
Sagna - Koscielny - Vermaelen - Gibbs
Arteta - Rosicky - Song
Walcott - RvP - Chamberlain

Jaringan jangkaan: Everton 0-3 Arsenal

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.